Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siaran langsung Rapat Umum Hari Kebangsaan pada 20 Ogos

Aug 14, 2023 | 4:25 PM
UCAPAN TAHUNAN PERDANA MENTERI: Encik Lee Hsien Loong akan berucap di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2023 di Institut Pendidikan Teknikal Kolej Central di Ang Mo Kio Drive pada 20 Ogos.
UCAPAN TAHUNAN PERDANA MENTERI: Encik Lee Hsien Loong akan berucap di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2023 di Institut Pendidikan Teknikal Kolej Central di Ang Mo Kio Drive pada 20 Ogos. - - Foto fail

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan berucap di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2023 pada 20 Ogos ini, yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio Drive.

Encik Lee akan memulakan ucapan dalam bahasa Melayu (6.45 petang), diikuti dengan bahasa Mandarin (7 petang) dan seterusnya bahasa Inggeris pada 8 malam.

Ucapan Rapat Hari Kebangsaan akan disiarkan di saluran televisyen dan juga stesen-stesen radio tempatan. Ia juga dapat ditonton secara langsung melalui siaran dalam talian di pautan-pautan berikut:

• Pejabat Perdana Menteri (PMO) YouTube (www.youtube.com/pmosingapore)

• Facebook Encik Lee (www.facebook.com/leehsienloong)

• Facebook REACH (www.facebook.com/REACHSingapore)

• Saluran - Mewatch.sg, cna.asia, CNA YouTube dan 8world.com

Kemas kini secara langsung juga akan dimuat naikkan ke laman Facebook, Twitter dan Threads kepunyaan Encik Lee semasa ucapan disampaikan. Rakyat Singapura diajak sertai perbincangan dan berkongsi pandangan dengan menggunakan #ndrsg dan #ndr2023 di ruangan media sosial.

Ucapan Rapat Hari Kebangsaan akan disiarkan dalam bahasa Inggeris di Saluran 5 (dengan sarikata dan penggunaan isyarat tangan) dan di CNA938 dari 6.45 petang dan 8.00 malam. Siaran dalam bahasa Melayu akan disiarkan di Suria dan Warna 94.2FM mulai 6.45 petang dan 8.00 malam.

Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikan ucapan secara langsung, mereka boleh menontonnya di www.youtube.com/pmosingapore atau www.pmo.gov.sg/ndr mulai 21 Ogos 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg