Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banduan larikan diri semasa pelepasan kerja, pandu tanpa lesen

Dec 12, 2023 | 6:21 PM
ULANG KESALAHAN: Muhammad Noor Indra Hamzah juga telah mencuri sebuah kereta dan memandunya tanpa lesen lalu terlibat dalam kemalangan menyebabkan pemandu dan dua penumpang dalam lori mengalami kecederaan pada bahagian dada, punggung, dan kepala.
ULANG KESALAHAN: Muhammad Noor Indra Hamzah juga telah mencuri sebuah kereta dan memandunya tanpa lesen lalu terlibat dalam kemalangan menyebabkan pemandu dan dua penumpang dalam lori mengalami kecederaan pada bahagian dada, punggung, dan kepala. - Foto DOKUMEN MAHKAMAH

Seorang banduan yang melarikan diri semasa di bawah Skim Pelepasan Kerja (WTS) dan melakukan beberapa kesalahan termasuk memandu dengan berbahaya tanpa lesen, dijel lapan tahun, satu bulan dan 19 minggu pada 12 Disember.

Muhammad Noor Indra Hamzah, 36 tahun, melarikan diri dari 13 Ogos hingga 27 November 2022. Dia juga didenda $1,000 dan dihukum enam sebatan rotan.

Bagi perbuatan memandu tanpa lesen, Noor tidak dibenarkan memegang atau memperoleh semua kelas lesen memandu kenderaan sepanjang tiga tahun dari tarikh dia dibebaskan.

Pada 24 November, Noor mengaku bersalah atas 13 tuduhan, termasuk memandu dengan bahaya, gagal mematuhi perintah seorang pegawai imigresen, dan kesalahan berkaitan dadah, lapor The Straits Times.

Lagi 10 tuduhan ditimbangkan sewaktu penghukuman.

Sebelum kesalahan terbarunya, Noor telah dibenarkan keluar dari Pusat Penyeliaan Masyarakat Selarang Park untuk bekerja, tetapi harus pulang ke pusat itu pada waktu malam. Bagaimanapun, dia tidak pulang pada 13 Ogos 2022 dan mengabaikan panggilan daripada pegawai integrasi semula.

Pada 31 Oktober 2022, Noor menemui kunci kereta di sebuah kawasan tempat letak kereta dan menggunakan kenderaan tersebut walaupun tidak memiliki lesen memandu. Ketika memandu di Tuas South Avenue 3, dia terlanggar bahagian belakang lori yang berhenti menunggu lampu isyarat hijau.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu dan dua penumpang dalam lori mengalami kecederaan pada bahagian dada, punggung, dan kepala. Sebahagian kecederaan itu disebabkan keadaan mengantuk Noor selepas mengambil ubat Dormicum.

Dalam keadaannya yang mengantuk, Noor menyebabkan kemalangan yang menimbulkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang lori tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg