PERTUNJUKAN MENARIK: Persembahan silat Kumpulan Pak Kaduk terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Politeknik Temask (TP). Persembahan itu mengetengahkan perkelahian antara Pak Kaduk dengan Raja. 
PERTUNJUKAN MENARIK: Persembahan silat Kumpulan Pak Kaduk terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Politeknik Temask (TP). Persembahan itu mengetengahkan perkelahian antara Pak Kaduk dengan Raja.  - Foto RENTAK BUDAYA
TERAPKAN KISAH DALAM PERSEMBAHAN: Persembahan dikir barat Kumpulan Pak Pandir terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik Ngee Ann (NP), Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Politeknik Nanyang (NYP), Institut Teknologi Singapura (SIT), Politeknik Singapura (SP) dan Politeknik Temasek (TP). Persembahan tersebut turut diserapkan dengan lirik yang mengisahkan tentang watak Pak Pandir. 
TERAPKAN KISAH DALAM PERSEMBAHAN: Persembahan dikir barat Kumpulan Pak Pandir terdiri daripada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik Ngee Ann (NP), Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Politeknik Nanyang (NYP), Institut Teknologi Singapura (SIT), Politeknik Singapura (SP) dan Politeknik Temasek (TP). Persembahan tersebut turut diserapkan dengan lirik yang mengisahkan tentang watak Pak Pandir.  - Foto RENTAK BUDAYA
SAMBUTAN MENGGALAKKAN: Orang ramai mengunjungi reruai yang disediakan di acara Rentak Budaya 2023 di Wisma Geylang Serai. Para pengunjung mempelajari tentang adat dan budaya Melayu seperti permainan dan pakaian tradisi, jamuan serta seni Melayu. 
SAMBUTAN MENGGALAKKAN: Orang ramai mengunjungi reruai yang disediakan di acara Rentak Budaya 2023 di Wisma Geylang Serai. Para pengunjung mempelajari tentang adat dan budaya Melayu seperti permainan dan pakaian tradisi, jamuan serta seni Melayu.  - Foto RENTAK BUDAYA
GHAIRAH BUAT PERSEMBAHAN: Persembahan Kelab Bahasa dan Budaya Melayu SMU (SMU-MLCC) membuka tirai hari kedua acara Rentak Budaya 2023 yang turut dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
GHAIRAH BUAT PERSEMBAHAN: Persembahan Kelab Bahasa dan Budaya Melayu SMU (SMU-MLCC) membuka tirai hari kedua acara Rentak Budaya 2023 yang turut dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim. - Foto RENTAK BUDAYA

Rentak Budaya, acara dwitahunan anjuran Persatuan Bahasa Melayu (Perbayu) Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kembali tahun ini dengan tema ‘Warita Kita’. Diadakan di Wisma Geylang Serai pada 17 dan 18 Jun, acara berkenaan itu bertujuan menggalak anak muda Melayu mengetahui dan menghargai budaya dan bahasa mereka. Ia turut menampilkan persembahan seperti dikir barat, silat dan tarian Melayu daripada mahasiswa beberapa universiti serta pelajar politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setempat. Lebih 300 peserta menyertai acara yang kembali diadakan secara fizikal buat julung-julung kalinya selepas pandemik Covid-19. BERITA HARIAN melaporkan.