Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir di Hat Yai: Rakyat S’pura digesa daftar dengan MFA dalam talian

Nov 24, 2025 | 6:23 PM
Hat Yai, Flood, MFA
Hat Yai telah diisytiharkan sebagai zon bencana bertahap merah oleh pihak berkuasa Thailand selepas hujan lebat menyebabkan banjir. - Foto REUTERS

Rakyat Singapura di Hat Yai “amat digalakkan” agar mendaftar dalam talian dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) bagi mengikuti perkembangan terkini di bandar Thailand yang dilanda banjir.

Terletak di selatan Thailand, Hat Yai dilanda hujan lebat, dengan jumlah taburan hujan mencecah 595 milimeter (mm) antara 19 dengan 22 November.

Angka itu melepasi rekod sebelum ini yang juga pernah menyebabkan banjir, lapor The Straits Times (ST).

Sejak itu, pihak berkuasa Thailand mengisytiharkannya sebagai zon bencana tahap merah, kata MFA dalam satu kenyataan pada 24 November.

Menurut MFA, Kedutaan Singapura di Bangkok sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Thailand untuk menyediakan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas, termasuk memberi bantuan makanan serta panduan mengenai pilihan pengangkutan.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan di talian +66-2-348-6700 atau e-mel ke singemb_bkk@mfa.gov.sg

Selepas waktu pejabat, nombor telefon kedutaan yang boleh dihubungi ialah +66-81-844-3580.

Selain itu, rakyat Singapura yang terjejas juga boleh menghubungi pejabat MFA yang beroperasi 24 jam di talian +65-6379-8800 atau +65-6379-8855.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg