Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir kilat di Jurong Town Hall Road

Aug 24, 2025 | 2:05 PM
Pada sekitar 6.40 pagi, PUB memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka melanda banyak kawasan di Singapura dari 6.50 pagi hingga 8 pagi.
Pada sekitar 6.40 pagi, PUB memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka melanda banyak kawasan di Singapura dari 6.50 pagi hingga 8 pagi. - Foto ST

Banjir kilat berlaku di sepanjang Jurong Town Hall Road yang menghala ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) sebelum Jurong East Street 11 pada pagi 24 Ogos. 

Agensi air negara, PUB menggesa pemandu untuk mengelak jalan tersebut selama sejam seterusnya, sehingga sekitar 9 pagi.

Amaran banjir kilat turut dikeluarkan untuk Dunearn Road – dari Yarwood Avenue ke Binjai Park – oleh PUB melalui platform media sosial X pada sekitar 7.20 pagi.

Pada 8.10 pagi, PUB melaporkan bahawa banjir kilat di sepanjang Jurong Town Hall Road telah surut.

Sebelumnya, pada kira-kira 6.40 pagi, PUB memberi amaran bahawa hujan lebat dijangka melanda banyak kawasan di Singapura dari 6.50 pagi hingga 8 pagi.

Perkhidmatan Meteorologi Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 15 Ogos berkata bahawa hujan petir jangka pendek dijangka berlaku di beberapa bahagian Singapura antara waktu pagi dan petang pada kebanyakan hari sehingga akhir Ogos.

Pada beberapa hari, badai Sumatra dijangka membawa hujan petir yang meluas dan angin kencang antara waktu subuh dan pagi.

Jumlah hujan bagi separuh kedua Ogos dijangka berada pada paras purata di kebanyakan kawasan Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg