Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bank HSBC hentikan sekitar 200 pengurus kanan operasi

Dec 3, 2022 | 5:30 AM
PEMOTONGAN PEKERJAAN: Bank HSBC akan melaksanakan pemotongan pekerjaan global merangkumi beberapa unit perniagaan dan lokasi geografi. - Foto REUTERS
PEMOTONGAN PEKERJAAN: Bank HSBC akan melaksanakan pemotongan pekerjaan global merangkumi beberapa unit perniagaan dan lokasi geografi. - Foto REUTERS -

HONG KONG: Bank HSBC akan memberhentikan sebanyak 15 peratus daripada 2,000 pengurus kanan operasi di seluruh dunia, sedang ia menyelaraskan barisan pengurusan dan mengurangkan kos menurut dua sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini.

Pemotongan pekerjaan global di bank itu akan merangkumi beberapa unit perniagaan dan lokasi geografi dan mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya 200 jawatan, kebanyakannya yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO), kata sumber itu, menurut laporan akhbar The Straits Times.

HSBC yang pernah mendapat gelaran sebagai bank tempatan yang terkenal di dunia, mengambil banyak pekerja COO kerana setiap negara dan perniagaan mempunyai COO mereka sendiri, kata sumber tersebut.

Potongan pekerja terbaru itu sudah pun dijalankan, kata salah satu sumber.

Berkaitan hal ini, HSBC enggan mengulas.

Pemberi pinjaman itu telah mengecilkan perniagaan globalnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengecilan tersebut berlaku di kebanyakan rantau. Di beberapa negara, ia terpaksa ditutup sepenuhnya supaya dapat meningkatkan pulangan pemegang saham.

Ketua Eksekutif Encik Noel Quinn berkata kelmarin bahawa HSBC telah mengenal pasti penambahan sebanyak AS $1.7 bilion ($2.3 bilion) dalam pemotongan kos. Pemotongan tersebut akan dilakukan pada tahun hadapan untuk memenuhi matlamat penambahan keseluruhan kos tidak lebih daripada 2 peratus walaupun berhadapan dengan tekanan inflasi.

Bakal pegawai kewangan Encik Georges Elhedery telah terlibat dalam projek untuk mengurangkan jumlah pekerja pengurusan, kata sumber tersebut.

Inisiatif itu, yang diberi nama Projek Banyan, adalah susulan daripada Rancangan Penyusunan Semula Mejar HSBC yang terakhir kali dilakukan pada 2020, yang menyasarkan sehingga 35,000 peluang pekerjaan di seluruh dunia merentasi semua peringkat jumlah kakitangan.

Tiga sumber berasingan mengesahkan bahawa pemotongan pekerjaan sedang dijalankan.

HSBC menyertai bank-bank Barat yang lain di mana kakitangan mereka juga diberhentikan ekoran daripada prospek ekonomi global yang suram terhadap perniagaan, pengguna dan hasil perbankan pelaburan.

Semua sumber tersebut enggan namanya disiarkan akibat sensitiviti mengenai perkara ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg