Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bank S’pura terus baiki ciri kunci wang, perkukuh keselamatan pengguna

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bank S’pura terus baiki ciri kunci wang, perkukuh keselamatan pengguna

Jan 13, 2024 | 04:27 PM



Bank-bank di Singapura akan terus memperbaiki reka bentuk ciri mengunci wang yang diperkenalkan tahun lalu, dalam masa beberapa bulan akan datang, kata Persatuan Bank-Bank Singapura (ABS).

Pengarah ABS, Cik Ong-Ang Ai Boon berkata dalam satu kenyataan pada 13 Januari bahawa terdapat minat dan penggunaan yang semakin meningkat terhadap ciri mengunci wang itu.

Sejak ia dilancarkan pada November, ciri mengunci wang telah diaktifkan bagi sekitar 38,000 akaun, dengan lebih daripada $3.2 bilion simpanan dikunci, menurut Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong baru-baru ini.

Menurut Cik Ong-Ang:

“Walaupun pendekatan kunci wang yang diambil oleh bank adalah berbeza-beza, mereka berkongsi objektif yang sama iaitu untuk melindungi pelanggan daripada penipuan dengan menambah lapisan perlindungan sekiranya akses digital mereka kepada akaun bank terjejas.

“Bank akan terus menambah baik reka bentuk ciri kunci wang dalam beberapa bulan akan datang, berdasarkan maklum balas pelanggan.”

Tiga bank tempatan – DBS, OCBC, dan UOB – melancarkan ciri kunci wang pada lewat 2023.

Pengguna boleh mengunci dana mereka menggunakan aplikasi bank atau perbankan Internet dan dana ini hanya boleh dibuka secara peribadi di cawangan bank. Pelanggan OCBC juga boleh menggunakan ATM untuk berbuat demikian.

Ciri ‘kunci wang’ adalah langkah terbaru yang digunakan oleh bank untuk menyukarkan penipu ‘melesapkan’ wang daripada akaun yang digodam.

Langkah ini diperkenalkan sedang penipuan terus melanda negara, dengan lebih 750 mangsa kehilangan sekurang-kurangnya $10 juta secara keseluruhan, selepas menjadi mangsa penipuan perisian hasad pada separuh pertama 2023.

Ia merupakan satu lagi barisan pertahanan yang diterima pakai oleh bank yang turut melancarkan langkah keselamatan antiperisian hasad untuk menyekat akses kepada aplikasi perbankan dalam talian, jika aplikasi yang mencurigakan dikesan pada peranti pengguna.

DBS, bank terbesar di Asia Tenggara, mengatakan pelanggan tidak lagi perlu menyediakan akaun bank baru untuk mengunci dana mereka – satu langkah yang diperkenalkan pada November sebagai perlindungan terhadap penipuan.

Pada masa ini, pelanggan DBS dan UOB perlu menyediakan akaun baru untuk menggunakan ciri mengunci wang bank. Pelanggan OCBC tidak perlu menyediakan akaun baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >