Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mangsa tipu rugi lebih $13j: 411 disiasat

Jan 2, 2024 | 4:40 PM
OPERASI ANTIPENIPUAN: Mangsa ditipu dalam kes penipuan berkaitan dengan pekerjaan, pelaburan, cinta Internet, e-dagang, pencurian data dan penyamaran pegawai pemerintah.
OPERASI ANTIPENIPUAN: Mangsa ditipu dalam kes penipuan berkaitan dengan pekerjaan, pelaburan, cinta Internet, e-dagang, pencurian data dan penyamaran pegawai pemerintah. - Foto fail

Seramai 411 orang disiasat atas dakwaan memainkan peranan dalam kes penipuan yang menyaksikan mangsa kerugian lebih $13 juta.

Kesemua 292 lelaki dan 119 wanita itu, yang berusia antara 16 dengan 75 tahun, dipercayai terlibat dalam lebih 1,500 kes sebagai penipu atau keldai wang, kata polis pada 2 Januari.

Siasatan itu dibuat menyusuli operasi antipenipuan selama dua minggu oleh Jabatan Ehwal Komersial dan tujuh Divisyen Darat Polis pada Disember 2023.

Mangsa ditipu dalam kes berkaitan pekerjaan, pelaburan, cinta Internet, e-dagang, pencurian data dan penyamaran sebagai pegawai pemerintah.

Suspek disiasat atas tuduhan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Jika disabit kesalahan menipu atau mengubah wang haram, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara hingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang disabitkan atas kesalahan menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen boleh dijatuhi hukuman penjara hingga tiga tahun, denda hingga $125,000, atau kedua-duanya sekali.

Antara Januari dengan Jun 2023, mangsa kerugian sebanyak $334.5 juta dalam 22,339 kes penipuan yang dilaporkan.

Lebih separuh, atau 55 peratus, daripada mereka kerugian hingga $2,000.

Untuk mengelak diri daripada bersubahat dengan jenayah tersebut, polis menggesa orang ramai supaya sentiasa menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kes penipuan boleh menghubungi talian segera polis di 1800-255-0000, atau layari laman www.police.gov.sg/iwitness.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg