Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bantuan ketiga Palang Merah S’pura bernilai $815,000 bagi mangsa Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bantuan ketiga Palang Merah S’pura bernilai $815,000 bagi mangsa Gaza

Apr 24, 2024 | 06:19 PM



Palang Merah Singapura (SRC) telah memperuntukkan sekitar AS$400,000 ($544,000) untuk menyokong Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) dalam menjalankan Dapur Kemanusiaan Kecemasan di kawasan Sinai Utara, Mesir, di samping membantu mendapatkan bekalan bantuan kemanusian.

Jumlah ini merupakan sebahagian daripada sokongan ketiga dan terkini daripada SRC – bernilai AS$600,000 ($815,000) – bagi membantu usaha kemanusiaan untuk mereka yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang berterusan di Gaza.

Satu pertiga daripada jumlah keseluruhan itu akan digunakan untuk mendapatkan bekalan perubatan, yang termasuk barangan pertolongan kecemasan, alat pemantau tekanan darah dan barangan perubatan lain yang sangat diperlukan dan yang telah diminta oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Encik Benjamin William, semasa taklimat persatuan itu kepada media pada 24 April di Red Cross House, di mana beliau turut berkongsi perkembangan terkini di Gaza, serta butiran kerjasama erat antara SRC dengan ERC.

Sebelum ini, SRC mengumumkan bantuan kedua keperluan kemanusiaan bernilai AS$100,000 yang telah diserahkan kepada ERC pada November 2023. 

Awal dari itu, bekalan bantuan bernilai AS$200,000 termasuk barangan seperti kit kebersihan, air bersih, bekalan makanan dan perubatan, telah pun diserahkan bagi menyokong usaha bantuan ERC.

Encik William berkata Dapur Kemanusiaan Kecemasan dan bantuan makanan ini merupakan satu inisiatif yang praktikal dan penting yang telah diusahakan rakyat Singapura dengan sumbangan mereka bagi membantu menangani krisis kelaparan yang buruk di Gaza.

“Salah satu inisiatif utama yang telah dilakukan oleh ERC ialah menyediakan hidangan panas yang disediakan di Dapur Kemanusiaan.

“Daripada hubungan kami dengan ERC, keutamaan sekarang adalah untuk menyediakan makanan, air dan bekalan perubatan.

“Ini bukan bermakna perkara lain tidak diperlukan. Terdapat keperluan yang sangat besar untuk hampir setiap keperluan asas tetapi keutamaan sekarang ialah makanan, air dan bekalan perubatan,” tambahnya.

Dalam peringkat awal ini, Dapur Kemanusiaan Kecemasan itu telah menetapkan sasaran untuk menyediakan makanan panas setiap hari untuk sekurang-kurangnya 7,000 keluarga yang dipindahkan dan mangsa perubatan yang tinggal di pusat perlindungan sementara yang diuruskan oleh ERC. 

Jarak Sinai Utara dengan sempadan Gaza yang dekat dapat mengurangkan sebarang cabaran logistik selain mempercepatkan penghantaran makanan kepada mereka yang terjejas.

Dalam pada masa yang sama, SRC akan memperoleh peruntukan untuk bungkusan makanan yang terdiri daripada barangan keperluan seperti beras, pasta, tepung, garam, minyak, tuna, pes tomato, biskut dan jem.

Bungkusan makanan ini akan dihantar langsung ke Gaza, yang dapat menyokong lebih 9,000 keluarga untuk tempoh lima hingga tujuh hari.

SRC akan bekerjasama rapat dengan ERC untuk mendapatkan secara langsung barangan makanan ini daripada pembekal di Mesir.

Ketika ditanya bagaimana jumlah AS$400,000 yang diperuntukkan itu akan dibahagikan antara Dapur Kemanusiaan Kecemasan dan penghantaran bungkusan makanan, Encik William berkata walaupun mereka pada mulanya mempunyai rancangan untuk membahagikannya secara sama rata, beliau menegaskan bahawa banyak perkara akan bergantung kepada keadaan di lapangan.

“Keadaan di lapangan berubah hampir setiap hari. Jadi mungkin hari ini keutamaannya seperti ini, dan keesokan harinya, keutamaan itu mungkin berubah.

“Jadi kami telah membenarkan sedikit fleksibiliti. Sebagai contoh, jika bekalan ke Gaza dihentikan atas sebab tertentu, kita mungkin membelanjakan lebih banyak wang untuk dapur kemanusiaan kerana IDP (orang yang dipindahkan secara dalaman) di Mesir juga memerlukan sokongan.

“Jadi kami akan cuba mengimbanginya dengan cara yang boleh memaksimumkan dana dan memenuhi keperluan yang paling mendesak,” tambah beliau. 

Sebelum ini, SRC telah melancarkan rayuan mengumpul dana awam untuk operasi bantuan dan pemulihan di Gaza, yang akan berakhir pada 31 Januari 2024. Usaha pengumpulan dana itu kini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2024. 

Orang ramai yang ingin menderma secara dalam talian boleh melungsuri laman redcross.sg/gazaresponse. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >