Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Festival filem Palestin di S’pura jaya kutip dana $108,250

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Festival filem Palestin di S’pura jaya kutip dana $108,250

Jan 27, 2024 | 01:00 PM



Festival Filem Palestin Singapura yang berlangsung di The Projector, Cineleisure telah melabuhkan tirainya pada 21 Januari lalu dengan pungutan $108,250, yang diserahkan kepada Persatuan Palang Merah Singapura (SRCS) pada 26 Januari.

Festival itu telah menarik sekurang-kurangnya 4,100 orang ke panggung wayang itu dari 12 hingga 21 Januari dalam usaha untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada Gaza.

Seramai 18 peniaga reruai yang mengambil bahagian sepanjang festival itu juga telah mendermakan 20 hingga 100 peratus pendapatan mereka bagi menyokong usaha ini.

Encik Benjamin Williams, Setiausaha Agung dan Ketua Pegawai Eksekutif SRCS, yang menerima sumbangan itu pada upacara penyerahan cek, berkata:

“Saya mengalu-alukan inisiatif sebegini kerana ia menunjukkan warga Singapura sebagai warga global yang prihatin. Dalam banyak perihal, warga Singapura telah membuktikan mereka sangat pemurah dan bersedia untuk menolong.”

SRCS akan menyalurkan sumbangan itu kepada Persatuan Bulan Sabit Merah di Mesir secara berperingkat dan akan memantau pembelian bekalan dan bantuan yang akan diberikan.

Menurut Encik Benjamin lagi, Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza adalah satu-satunya organisasi yang diberi laluan untuk membawa bekalan ke dalam Gaza setakat ini.

Persatuan itu akan mendapat bantuan dan bekalan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah di Mesir.

Di belakang tabir usaha mulia ini ialah Cik Zaris Azira Amran, 30 tahun; Cik Zaris Sofia Amran, 32 tahun; Cik Idayu Chuni, 43 tahun; dan Encik Sofhian Jaafar, 45 tahun.

Cik Zaris Azira berkata mereka ingin mengadakan festival ini kerana ia dapat memupuk pemahaman budaya dan kesedaran tentang kehidupan yang dilalui oleh rakyat Palestin melalui medium perfileman.

“Pada awalnya saya dan kakak saya, Cik Zaris Sofia ingin mengadakan perhimpunan, tetapi kami telah berjumpa dengan Encik Sofhian dan Cik Idayu yang mempunyai latar belakang dalam industri perfileman dan mereka mengesyorkan idea ini dan kami pun segera setuju dan menjalankannya.”

Cik Idayu pula mengaku ada beberapa cabaran untuk mendapatkan filem-filem itu dan mendapatkan kebenaran dari pihak-pihak tertentu, apa lagi waktu perancangan jatuh pada musim perayaan hujung tahun, tetapi akhirnya mereka berjaya juga mengadakan festival itu.

“Sebagai satu kumpulan, kami bekerjasama dan membahagi-bahagikan kerja, menonton filem-filem yang kami dapat dan mengulas antara kami sebelum memilih filem apa yang akan ditayangkan di pawagam,” kongsi Cik Idayu.

Kutipan derma berjumlah $108,250 itu termasuk penjualan karya seni oleh seorang pelukis Palestin, yang disumbangkan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Karya seni itu telah dibeli dengan harga $3,600.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >