Bantuan Mendaki buka ruang anak istimewa ikuti kelas robotik

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantuan Mendaki buka ruang anak istimewa ikuti kelas robotik

Mar 12, 2026 | 5:30 AM

Bantuan Mendaki buka ruang anak istimewa ikuti kelas robotik

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mendaki, robotik, anak istimewa
Cik Siti Maimunah Borhan bersama anak istimewanya, Masruzaikin Masruhin, yang berpeluang menyertai kelas robotik yang dibiayai Dana Amanah Pendidikan - Dana Fleksi yang diuruskan oleh Mendaki. Masruzaikin gemar membuat robot menggunakan lego (gambar sampingan). - Foto ihsan SITI MAIMUNAH BORHAN

Anak istimewa Masruzaikin Masruhin, 12 tahun, anak kedua daripada tujuh beradik, amat meminati robotik. Sejak di tadika, dia sering melukis gambar robot.

Pelajar darjah enam di Grace Orchard School, yang menghadapi masalah kelewatan pertuturan, berpeluang menyertai kelas robotik yang ditawarkan sebuah syarikat swasta di Jurong East pada 2025.

Kelas itu dibiayai Dana Amanah Pendidikan (ETF) – Dana Fleksi.

Dana yang ditadbir dan diuruskan oleh Yayasan Mendaki itu memberikan bantuan kewangan kepada pelajar Melayu/Islam berpendidikan rendah yang memerlukan sokongan untuk keperluan sekolah dan program pengayaan.

Selain itu, dana tersebut turut menyediakan meja belajar, kerusi, dan dua iPad untuk dua beradiknya yang lain.

Ibu bapa mereka, Cik Siti Maimunah Borhan, 36 tahun, seorang suri rumah, dan suaminya, Encik Masruhin Abdul Rashid, 43 tahun, seorang pekerja penghantaran berpendapatan $2,000 sebulan, mempunyai tujuh orang anak berusia antara tiga bulan hingga 13 tahun.

Cik Maimunah amat berterima kasih kepada Mendaki atas bantuan yang dihulurkan kepada anak-anaknya.

Bantuan diusulkan oleh seorang pegawai Mendaki setelah anak-anaknya, Raiyan Rifqi Masruhin, tujuh tahun, Raiyan Faiq Masruhin, enam tahun, dan Raiyan Khalish Masruhin, tiga tahun, menyertai program Mendaki, ReadySetLearn Maths Explorer (dahulu dikenali sebagai KelasMateMatika).

Program itu bertujuan mengukuhkan kemahiran membaca, mengira, dan menyelesaikan masalah mereka, demi memastikan mereka lebih bersedia melangkah ke sekolah rendah.

Selepas menyertai kelas itu, Cik Maimunah mendapati kemahiran Matematik anak-anaknya bertambah baik, sekali gus memudahkan mereka apabila memasuki darjah satu.

Beliau juga kini lebih yakin untuk mengajar mereka di rumah.

“Seorang pegawai Mendaki yang mengenali saya mencadangkan Dana Amanah Pendidikan – Dana Fleksi Mendaki agar anak saya dapat mengikuti kelas robotik. Mereka juga bertanya tentang keperluan pelajaran lain.

“Kami perlukan meja kerana meja belajar anak-anak sudah rosak. Anak-anak turut meminta iPad bagi memudahkan mereka menjalani home based learning (pembelajaran dari rumah).

“Sebelum ini, mereka terpaksa berkongsi sebuah komputer riba sahaja,’’ jelas beliau yang menetap di flat empat bilik di Bukit Panjang.

Menurut Cik Maimunah, Masruzaikin amat gembira dapat menyertai kelas robotik dan belajar membuat robot.

Kakaknya, Rizqa Elisha Masruhin, 13 tahun, juga lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh dengan adanya meja baru untuk mengulang kaji pelajaran.

Malah, pelajar menengah satu yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2025 itu berjaya menjadi pelajar terbaik bagi mata pelajaran Sains (Asas) di sekolahnya untuk PSLE.

“Saya amat bersyukur kerana bantuan Mendaki telah menyokong keperluan pendidikan anak-anak saya,’’ tambah Cik Maimunah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg