Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bapa lega bantuan masyarakat ringan beban kewangan keluarga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Bapa lega bantuan masyarakat ringan beban kewangan keluarga

Acara ‘Kembali Ke Sekolah’ hadiah perkakas sekolah buat 400 pelajar dari keluarga gaji rendah
Dec 07, 2023 | 05:30 AM



Kos sara hidup yang meningkat sentiasa mengganggu fikiran pencari nafkah tunggal, Encik Mohammad Kamal Abdullah, yang sedang cuti sakit dan tidak lagi meneruskan tugas sebagai penyelia pekerja pembersihan kerana ketumbuhan di kakinya.

Bapa lima anak yang berusia empat hingga sembilan tahun itu hanya boleh kembali bekerja selepas beliau menjalani pembedahan pada Mac 2024. Isteri beliau pula merupakan seorang suri rumah.

“Dulu saya pernah kerja Grab (sebagai penghantar makanan) tapi sudah berhenti. Sebab keadaan kaki saya ini pun, sukar bagi saya buat kerja itu sekarang secara sambilan,” ujar Encik Kamal lagi, 43 tahun, yang tinggal bersama keluarganya di rumah sewa satu bilik di Punggol.







Sementara menanti saat beliau boleh kembali bekerja, Encik Kamal dan keluarganya bergantung pada bantuan sosial yang diterima dan hanya mampu berdoa beliau boleh cepat kembali bekerja.

Menurut beliau, keluarganya menerima sehingga $1,200 setiap bulan daripada pihak Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), namun perbelanjaan bulanan keluarganya melebihi $1,000 sebulan.

Justeru, Encik Kamal berkata sebarang bantuan yang diterimanya, terutama bagi anak-anaknya, amatlah membantu.

Harapan Encik Kamal itu, sedikit sebanyak tercapai apabila keluarganya terpilih dalam kumpulan 150 keluarga berpendapatan lebih rendah yang menerima bantuan keperluan asas sekolah di acara ‘Kembali Ke Sekolah’ di Masjid Al-Islah di Punggol pada 3 Disember.

Seramai 400 pelajar disasarkan untuk memanfaatkan program ini, yang juga bertujuan membantu mereka membuat persiapan bagi tahun persekolahan akan datang.

Antara lain, mereka menerima beg sekolah mengandungi kotak pensel, buku nota dan fail.

Acara itu dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) bandar Punggol dan disokong Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra); Yayasan Mendaki dan Masjid Al-Islah.

Encik Kamal, ketika dihubungi Berita Harian, berkata:


“Kami bersyukur sebab bantuan ini mengurangkan sedikit beban yang kami perlu hadapi. Kini kos duit jajan sekolah pun naik. Bahan makan, lampin anak kecil pun semakin naik.”

“Bila tamat sahaja pembedahan Mac nanti, saya mahu terus bekerja sebab sekarang gaji tak masuk, duit bantuan yang kami terima pun nyaris-nyaris dapat biaya kos rumah dan sekolah anak-anak saya.”

Bantuan ‘Kembali ke Sekolah’ itu adalah sebahagian langkah senegara anjuran PA Mesra yang juga memainkan peranan membuka pintu relawan Melayu/Islam mendekati golongan susah dan membina budaya bersikap murah hati.

PA Pasir Ris-Punggol juga berkata inisiatif itu turut bermatlamat membina hubungan kukuh dengan golongan keluarga berkenaan serta mempertingkat khidmat bantuan peringkat akhir kepada mereka yang memerlukan.

Acara itu juga dihadiri Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling, dan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >