Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa tiga anak maut sewaktu lawatan singkat ke Johor

Sep 19, 2024 | 3:33 PM
Motosikal yang dikatakan milik Encik Mohd Razim Jamil, jenama Ducati Hypermortad dikatakan tercampak sekitar lima meter dari tempat berlakunya kemalangan di jejatas menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor. (Gambar sisipan, Allahyarham Mohd Razim).
Motosikal yang dikatakan milik Encik Mohd Razim Jamil, jenama Ducati Hypermortad dikatakan tercampak sekitar lima meter dari tempat berlakunya kemalangan di jejatas menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor. (Gambar sisipan, Allahyarham Mohd Razim). - Foto tangkap layar FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENT.COM

Lawatan ke Johor Bahru yang dijangkakan singkat, berakhir dengan nahas jalan raya yang meragut nyawa Encik Mohd Razim Jamil, 53 tahun pada 18 September di jejatas menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.

Kemalangan dikatakan berlaku sekitar 1.40 tengah hari.

Menurut beberapa saksi, motosikal yang ditunggang Allahyarham Encik Mohd Razim Jamil dikatakan melanggar pengadang jalan raya, menyebabkan beliau tercampak dari motosikal Ducati Hypermortadnya, dan mengalami cedera parah.

Motosikalnya juga kelihatan tercampak jauh.

Seorang saksi dari Malaysia yang bekerja di Singapura yang dihubungi Berita Harian (BH), dan memperkenalkan dirinya sebagai Encik Nik Muhammad Fakru, 32 tahun, berkata beliau ternampak satu hantaran di Facebook tentang kemalangan itu, dan mendakwa beliau berada di belakang motosikal mangsa sebelum kemalangan berlaku.

“Saya nampak motosikalnya bergerak dan terlanggar pengadang jalan raya, dan dengan tiba-tiba, motosikalnya tercampak lebih kurang lima meter dari tempat kejadian,” kata Encik Nik yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di Singapura dan berulang-alik setiap hari.

Berita kemalangan itu dikongsi beberapa saksi dan dalam laman Facebook termasuk Singapore Accident Help Centre (SAHC) – platform yang bertindak sebagai penasihat untuk para pekerja Malaysia di Singapura sekiranya berlaku kemalangan atau hadapi masalah di Singapura.

Gambar-gambar kemalangan turut dikatakan dimuat naik di TikTok dan dikongsi beberapa kali.

Allahyarham Encik Mohd Razim Jamil yang bekerja sebagai penolong operasi di sebuah rangkaian cawangan restoran, meninggalkan seorang isteri dan tiga anak – salah seorang daripadanya bakal menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2024.

Anak-anak Allahyarham berusia antara 10 dengan 18 tahun, dan kesemua mereka masih bersekolah.

Balu mangsa, Cik Maslinda Maideen, 49 tahun yang ditemui di Woodlands Street 41, selepas jenazah diuruskan berkata suaminya sedang perjalanan ke Johor Bahru untuk bertemu seorang rakan ketika kejadian itu berlaku.

“Arwah ke sana untuk menemui seorang temannya dan menguruskan hal peribadi.

“Apabila beliau tidak sampai pada waktu yang dijanjikan, temannya itu cuba menghantar mesej WhatsApp – tetapi terima jawapan teks yang tidak dikenali (bukan daripada arwah).

“Teks yang dihantarkan berbunyi ‘Owner telefon kemalangan, tengah nazak’ .

“Temannya itu cuba hubungi keluarga kami dan saya dapat tahu tentang kemalangan itu,” kata Cik Maslinda, seorang pengurus produk yang ditemui di rumah ibunya, lokasi jenazah Allahyarham telah dibawa pulang pada malam 18 September.

Cik Maslinda berkata sejurus mendapat berita tentang kemalangan itu, beliau menghubungi seorang teman rapat yang menginap di Johor Bahru untuk mendapatkan kepastian dan bantuan segera.

Cik Maslinda kemudian bergegas ke Johor Bahru bagi proses menguruskan jenazah dan membuat persiapan untuk jenazah suaminya dibawa pulang ke Singapura.

Dalam laporan hospital, Cik Maslinda diberitahu suaminya meninggal akibat kecederaan yang dialami menyusuli kemalangan.

“Saya kesal tidak dapat menatap wajahnya buat kali terakhir kerana beliau meninggalkan rumah semasa saya sedang sibuk siapkan anak perempuan kami...”

Mayat Allahyarham selamat disemadikan pada 11 pagi, 19 September di Pusara Abadi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg