Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas dua tingkat salah jalan masuk tempat letak kereta di estet Bedok

Jan 24, 2024 | 6:09 PM
TERSALAH JALAN: Sebuah bas dua tingkat kelihatan terkandas di laluan masuk ke estet perumahan di Bedok North pada 22 Januari.
TERSALAH JALAN: Sebuah bas dua tingkat kelihatan terkandas di laluan masuk ke estet perumahan di Bedok North pada 22 Januari. - Foto TIKTOK/leez419

Seorang pemandu wanita akan dikenakan tindakan disiplin selepas beliau memandu bas dua tingkat SBS Transit masuk ke kawasan tempat letak kereta di kawasan perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bedok North baru-baru ini.

Kejadian itu, dimuat naik dalam platform media sosial pada 23 Januari, menunjukkan bas tersebut terkandas di bawah gerbang masuk ke tempat letak kereta itu.

Dalam video 14 saat itu, kelihatan beberapa lelaki yang cuba memberi isyarat kepada pemandu bas tersebut agar ia berundur keluar dari laluan itu.

Satu kereta berwarna putih turut kelihatan berhenti di belakang bas berkenaan.

Akhbar bahasa Cina tempatan, Shin Min melaporkan kejadian dipercayai berlaku pada 22 Januari, 2.40 petang di laluan masuk sebuah kejiranan HDB antara Blok 701 dengan 705, Bedok North Road.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap SBS Transit, Cik Grace Wu, berkata kejadian itu melibatkan bas nombor perkhidmatan 8.

Beliau berkata seorang Kapten Bas wanita yang sedang mengendalikan bas tersebut, tersalah jalan di Bedok North Road.

“Kami amat menghargai tiga lelaki yang tampil untuk membantunya dan bas itu menyambung semula perjalanan dalam tempoh lima minit tanpa ia terlepas sebarang perhentian bas,” kata Cik Wu.

Beliau berkata pihaknya sedang mengambil tindakan disiplin terhadap kapten bas itu dan pihaknya meminta maaf atas lima penumpang yang berada dalam bas tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg