Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas rempuh motosikal pekerja penghantaran McDonald’s; 3 cedera

Sep 27, 2023 | 3:31 PM
DILANGGAR DARI BELAKANG: Pekerja penghantar makanan McDonald’s dirempuh dari arah belakang oleh bas Tower Transit 980 menyebabkan  beliau tercampak ke belakang kereta di hadapannya.
DILANGGAR DARI BELAKANG: Pekerja penghantar makanan McDonald’s dirempuh dari arah belakang oleh bas Tower Transit 980 menyebabkan beliau tercampak ke belakang kereta di hadapannya. - Foto FACEBOOK/SG ROAD VIGILANTE

Seorang penghantar makanan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat setelah terbabit dalam satu kemalangan melibatkan bas Tower Transit, kereta dan motosikal di Sembawang pada Isnin.

Dalam satu video yang dimuat naik SG Road Vigilante di Facebook, penghantar makanan McDonald’s, yang menunggang motosikal, dirempuh dari belakang oleh bas 980.

Motosikal itu sedang berhenti di lampu merah di belakang sebuah kereta.

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit dilihat menganjak ke hadapan dan tercampak ke belakang kereta di hadapannya.

Menukil laporan The Straits Times (ST), jurucakap Tower Transit Singapore (TTS) berkata pemandu bas terbabit yang berusia 68 tahun didapati bersalah dan khidmatnya digantung sementara menunggu tindakan disiplin.

Jurucakap itu menambah pemandu kereta terbabit dan seorang bayi yang berada di dalam bas bersama ibunya telah diberi rawatan perubatan.

Menurut polis, pemandu motosikal berusia 38 tahun telah dibawa ke hospital dalam keadaan sedar. Beliau sudah dibenarkan pulang, jelas TTS.

“TTS telah menghubungi mereka (yang terjejas) untuk memohon maaf dan membantu dalam tuntutan perubatan mereka. Kami harap mereka cepat sembuh dan akan terus memeriksa keadaan mereka,” kata TTS.

ST telah menghubungi McDonald’s untuk keterangan lanjut.

Ini bukan pertama kali bas awam terlibat dalam nahas pelanggaran.

Pada November 2021, seorang penunggang basikal berusia 43 tahun dibawa ke hospital setelah terlibat dalam satu kemalangan dengan bas dua tingkat SMRT.

Kemalangan itu berlaku di simpang Marsiling Drive dan Admiralty Road.

Polis menyatakan kejadian itu berlaku sekitar 11.35 malam dan penunggang basikal itu dibawa ke hospital dalam keadaan sedar.

Ambulans dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) membawa penunggang basikal itu ke Hospital Khoo Teck Puat.

Pada Disember 2021 pula, enam orang cedera selepas bas SBS Transit yang mereka naiki terlanggar pokok.

Bas itu sedang dalam perjalanan dari Ekpreswe Tampines (TPE) menghala Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) apabila ia melanggar pokok tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg