Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Basmi buta huruf Al-Quran tanpa bayaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Basmi buta huruf Al-Quran tanpa bayaran

Pergeraq anjur program secara percuma, pembantu rumah migran antara yang hadir
Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Demi membasmi buta huruf dalam pembelajaran Al-Quran, badan bantu diri Islam setempat, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq), terus gigih melaksanakan program ukhrawi tanpa bayaran.

Sejak Pergeraq ditubuhkan pada 2006, hampir 1,000 pelajar Islam telah mengikuti programnya, dan kebanyakan diadakan secara sambilan; sama ada dalam kelas ataupun sesi diadakan dalam talian dengan kerjasama lima masjid dan dua persatuan Melayu/Islam setempat.

Pelajar yang menerima pembelajaran Al-Quran secara percuma ini merupakan mereka yang kurang upaya, berpenyakit kronik, keluarga yang memerlukan, anak-anak yatim, termasuk juga lebih 50 pembantu rumah migran beragama Islam.

Setiausaha Eksekutif Pergeraq, Encik Mohammad Hanafiah Tumin, 65 tahun, berkata setiap tahun persatuannya perlu membelanjakan sehingga $120,000 untuk membiayai kelas-kelas seperti Kempen Celik Al-Quran (KCQ) ini. Perbelanjaan ini juga termasuk bayaran bagi tenaga pengajar, kos sewa, yuran Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) dan pembayaran lain.

“KCQ dilancarkan pada Disember 2010 untuk mendampingi masyarakat Islam setempat, dan pelajar ini datang daripada pelbagai latar belakang seperti penerima zakat, pesakit barah, orang kurang upaya, keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas, keluarga berpendapatan rendah serta mereka daripada keluarga ibu bapa tunggal.

“Secara lazimnya, pihak kami memberi bimbingan kepada 300 pelajar matang dan muda daripada golongan masyarakat yang memerlukan. Selain itu, bermula tahun ini, pembelajaran Al-Quran ini juga terbuka kepada 50 pembantu rumah migran yang berminat untuk mempelajari bacaan dan tafsir Al-Quran ini,” jelas Encik Mohammad Hanafiah.

Pergeraq juga turut menyediakan biasiswa berjumlah $10,000 setahun, untuk pelajar yang berminat mendalami ilmu Al-Quran dan Qira’at. Biasiswa ini bertujuan mendorong masyarakat Islam melahirkan lebih ramai lagi ilmuan dan warga cemerlang, khususnya dalam pendidikan Al-Quran.

Encik Mohammad Hanafiah turut berkata Pergeraq juga secara aktif menghulurkan bantuan kewangan dan makanan secara tetap kepada golongan kurang upaya dan yang memerlukan. Selain itu, persatuan ini juga telah menaja Al-Quran dan buku-buku agama, membiayai ubah suai bilik guru dan mengeluarkan perbelanjaan untuk menyediakan penjana kuasa bagi sebuah sekolah yang serba kekurangan di Kemboja.

“Di Pergeraq, kami sentiasa melakar program dan kursus pengayaan bagi memperkasa guru-guru Al-Quran serta pelajar dengan ilmu dan kemahiran. Selain terus menghulurkan zakat dan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Dengan demikian, setiap sumbangan yang diterima, Pergeraq akan menyumbang kembali kepada masyarakat dalam bidang pendidikan Al-Quran, dakwah dan kebajikan,” jelas Encik Mohammad Hanafiah lagi.

HULUR BANTUAN


Anda boleh menghulurkan bantuan melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp untuk resit @ 9030-7057. Tulis nama anda / zakat atau derma.

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ sila tulis nama anda /zakat atau derma.

3. Untuk maklumat lanjut, lungsuri laman persatuan ini di pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >