Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bayaran daya kerja dinaikkan bagi pekerja gaji rendah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayaran daya kerja dinaikkan bagi pekerja gaji rendah

Feb 16, 2024 | 07:49 PM



Pekerja bergaji rendah di Singapura akan menerima lebih banyak bayaran pendapatan daya kerja sebagai sebahagian daripada penambahbaikan kepada skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS).

Pekerja bergaji rendah yang berusia 60 tahun dan ke atas, misalnya, akan layak mendapat bayaran tahunan sebanyak $4,900, naik daripada $4,200, yang diberikan sekarang.

Demikian umum, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.

Kenaikan bayaran ini bagi setiap individu akan bergantung pada usia dan pendapatan mereka. 

Pekerja warga emas dan golongan kurang upaya akan terus menerima bayaran tertinggi.

Bayaran untuk mereka yang bekerja sendiri, yang ditetapkan pada dua pertiga daripada bayaran untuk pekerja, juga akan dinaikkan.

Dalam pada itu, had kelayakan pendapatan bagi skim ini juga akan dinaikkan kepada $3,000 daripada $2,500.

Ini bagi memastikan pekerja bergaji rendah akan terus menerima faedah walaupun gaji mereka meningkat, tambah Encik Wong.

Penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap kerja yang dilakukan bermula 1 Januari 2025 dan dijangka memanfaatkan sekitar setengah juta rakyat Singapura.

Skim WIS, telah diperkenalkan bagi menambah pendapatan dan simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pekerja Singapura yang bergaji rendah untuk menggalakkan mereka bekerja secara tetap.

Kelayakan dinilai secara automatik berdasarkan caruman CPF.

Penambahbaikan kepada Daya Kerja adalah sebahagian daripada beberapa langkah yang telah diumumkan oleh Encik Wong dalam ucapannya untuk mewujudkan lebih banyak laluan ke arah kesaksamaan dan mobiliti pekerja di sini. 

Pekerja setempat yang bekerja di syarikat yang menggajikan pekerja asing juga perlu dibayar gaji sepenuh masa minimum sebanyak $1,600, naik 14 peratus daripada $1,400.

Kadar minimum bagi setiap jam juga akan dinaikkan daripada $9 kepada $10.50.

Semua syarikat yang mengambil pekerja asing mesti membayar pekerja tempatan mereka gaji kelayakan gaji setempat (LQS).

LQS ialah gaji minimum yang perlu dibayar firma yang mengambil pekerja asing kepada pekerja tempatan mereka, dan bilangan pekerja tempatan yang dibayar LQS kemudiannya digunakan untuk mengira kelayakan kuota pekerja asing firma tersebut.

Perubahan itu akan dikuat kuasa mulai 1 Julai 2024.

Majikan yang menaikkan gaji pekerja bergaji rendah juga akan mendapat lebih banyak sokongan, menurut Encik Wong.

Akur akan keprihatinan majikan terhadap kenaikan kos perniagaan dalam ekonomi hari ini, beliau mengesahkan bahawa pemerintah akan memainkan peranannya untuk membantu mereka.  

Siling gaji Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) akan dinaikkan daripada $2,500 kepada $3,000 pada 2025, seiring dengan peningkatan had pendapatan yang layak untuk Daya Kerja (Workfare).

Skim PWCS ini telah diperkenalkan pada 2022 di mana pemerintah membiayai bersama kenaikan gaji pekerja bergaji rendah dengan majikan.

Selain itu, pemerintah juga akan meningkatkan tahap pembiayaan bersama bagi 2024, daripada maksimum 30 peratus, kepada maksimum 50 peratus.

Encik Wong menambah bahawa dana untuk skim tersebut akan ditokok sebanyak $1 bilion bagi menyokong penambahbaikan ini.

“Sepanjang dekad yang lalu, kami telah mencapai kemajuan dalam meningkatkan pekerja bergaji rendah, dan mengurangkan jurang gaji.

“Ketidaksamaan pendapatan kita, seperti yang diukur oleh koefisien Gini, telah merosot ke paras terendah dalam tempoh dua dekad.

“Pendapatan daya kerja dan gaji progresif adalah strategi utama untuk meningkatkan pekerja bergaji rendah. Strategi ini telah menunjukkan hasil. Saya akan membuat beberapa pelarasan untuk memastikan mereka terus membuahkan hasil,” tambah Encik Wong. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >