Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lulusan ITE peroleh sokongan ke diploma, dapat tokokan CPF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lulusan ITE peroleh sokongan ke diploma, dapat tokokan CPF

Feb 16, 2024 | 06:28 PM



Lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima tokokan $5,000 dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) apabila mereka menyertai program diploma sebagai sebahagian daripada langkah membantu mereka menampung kos melanjutkan pengajian.

Setelah meraih diploma kelak, mereka akan diberi tokokan $10,000 ke dalam Akaun Biasa Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka.

Langkah sokongan dua bahagian itu adalah sebahagian daripada Anugerah Kemajuan ITE baru bagi lulusan berusia 30 tahun dan ke bawah yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.

“Anugerah baru ini adalah satu pelaburan besar dalam lulusan ITE kita.

“Ia mewakili komitmen berterusan kami untuk mempertingkat mereka, dan untuk melengkapi mereka dengan lebih baik dalam perjalanan pembelajaran sepanjang hayat,” kata beliau.

Mengumumkan butiran anugerah baru itu, Encik Wong berkata tokokan $5,000 ke dalam PSEA akan membantu menampung kos menjalani program diploma bagi lulusan ITE yang melanjutkan pengajian.

Tokokan $10,000 ke dalam Akaun Biasa CPF setelah memperolehi diploma pula akan memberikan mereka permulaan lebih baik umtuk membeli rumah atau membuat simpanan bagi persaraan, tambah beliau.







Usaha membantu lulusan ITE mempertingkat kemahiran merupakan antara rancangan yang dibentangkan dalam laporan Melakar Hala Tuju Singapura, atau Forward Singapore, yang dilancarkan pada Oktober 2023.


Antara lain, ia berkongsi pelan untuk merapatkan jurang gaji antara tukang mahir dengan pekerja berasaskan pengetahuan melalui latihan berstruktur dan perancangan kerjaya, manakala lulusan ITE akan mendapat bantuan untuk mempertingkat kemahiran awal dalam kerjaya mereka.

Ini adalah antara usaha untuk memastikan bahawa setiap pekerjaan di Singapura dihormati dan diberi ganjaran yang setimpal sementara memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat di luar pencapaian akademik.

Encik Wong dalam Belanjawan 2024 berkata sementara akan selalu ada perbezaan dalam pendapatan dalam mana-mana masyarakat, jurang gaji yang terlalu luas akan mewujudkan kebimbangan dan tekanan yang tidak sihat.

“Ibu bapa dan anak-anak mungkin terjebak dalam perlumbaan pendidikan, atau mungkin berasa tertekan untuk mengutamakan kerjaya hanya dalam beberapa bidang tradisional, dan sebaliknya tidak memberi tumpuan pada kekuatan dan bakat masing-masing,” kata beliau.

Bahkan, Encik Wong berkata sebahagian besar rakyat Singapura dalam sesi pendekatan Melakar Hala Tuju Singapura mengalu-alukan takrif kejayaan yang lebih luas.

Beliau menambah bahawa rakyat Singapura mahukan laluan kerjaya yang lebih pelbagai agar setiap individu boleh berusaha menjadi versi terbaik diri mereka.

Namun, ini juga bermakna Singapura perlu memberi nilai lebih besar kepada mereka yang berkemahiran dalam kebolehan amali teknikal, serta mereka yang memiliki ciri-ciri sosial dan empati untuk cemerlang dalam pekerjaan bidang perkhidmatan.

“Khususnya, prospek gaji dan kerjaya lulusan ITE kita tidak seharusnya terlalu jauh di bawah rakan sebaya politeknik dan universiti mereka,” kata beliau.

Dengan sokongan yang disediakan di bawah Anugerah Kemajuan ITE baru itu, Encik Wong berharap ia akan menggalak lulusan ITE muda agar mempertingkat kemahiran mereka.

“Kami mahu menggalak dan menyokong lebih ramai lulusan ITE muda dalam usaha meningkatkan kemahiran mereka, supaya mereka boleh cemerlang dalam pekerjaan mereka telah dapat latihan, dan mencapai trajektori kerjaya dan gaji yang lebih baik,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >