Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bazar Raya Geylang Serai 2024 dijangka tawar 500 gerai, termasuk 150 F&B

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bazar Raya Geylang Serai 2024 dijangka tawar 500 gerai, termasuk 150 F&B

Daya utama demi beri pengunjung lebih pilihan dimampui
Jan 12, 2024 | 03:45 PM



Buat kali pertama, setiap gerai makanan dan minuman (F&B) di Bazar Raya Geylang Serai pada 2024 akan menawarkan dua barang makanan pada harga $3 setiap satu.

Daya utama baru itu diharap dapat memberi pengunjung lebih banyak pilihan yang dimampui, umum Wisma Geylang Serai (WGS), yang bakal menganjurkan bazar tersebut pada Ramadan 2024.

Menurut WGS, bazar itu akan berlangsung selama 33 hari dari 8 Mac hingga 9 April.

Ia akan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 11.59 malam dan sehingga 6 pagi pada malam Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka jatuh pada 10 April.

Bertemakan #semangatraya, bazar tahun ini mahu membawakan kemeriahan Ramadan dan Hari Raya buat pengunjung melalui kurasi gerai bertema, barangan dan dagangan yang berkait rapat dengan perayaan tersebut.

Pengunjung juga akan dapat menikmati pelbagai program dan hiburan yang dianjurkan sepanjang bazar itu, termasuk acara pelancaran Penyalaan Lampu Hari Raya (HRLU).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Januari, WGS berkata pengunjung boleh menjangka sekitar 500 gerai, termasuk 150 gerai F&B. Jumlah itu lebih rendah daripada 700 gerai pada 2023.

Penasihat utama WGS, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:

“Bazar raya telah menjadi paparan perpaduan sosial masyarakat kita, dengan keluarga dan rakan-rakan daripada semua lapisan masyarakat dan kaum datang bersama-sama untuk mengunjungi bazar, menjamu selera dan membeli-belah bersama serta menghargai kepelbagaian yang ditawarkan sambil menikmati perayaan.

“Kami berharap pengunjung mempunyai pengalaman yang tidak dapat dilupakan di bazar 2024.”

Sementara itu, 20 gerai tanpa sewa akan ditawarkan bagi tujuan kemasyarakatan, sosial dan/atau keselamatan awam.

Gerai-gerai F&B akan menawarkan pilihan makanan dan minuman tradisional dan kontemporari.

Setiap gerai F&B akan mempunyai sijil halal sah daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), dimiliki orang Islam, atau disahkan halal oleh perunding pensijilan Halal, tambah WGS.

Bazar itu akan dikendalikan S-Lite Event Support Pte Ltd, yang memenangi tender terbuka yang diadakan pada suku terakhir 2023.

Menurut kenyataan WGS lagi, pengendali bazar mahu mewujudkan elemen pendidikan, hiburan dan keagamaan dalam bazar tersebut.

Ini akan dilakukan dengan memaparkan gambar-gambar bazar Geylang Serai dalam era 1980-an dan 1990-an untuk kembalikan nostalgia serta mengetengahkan di sekitar bazar itu panel mengandungi fakta menarik tentang bazar dahulu hingga sekarang.

Muzik yang dimainkan juga akan mewujudkan suasana meriah, termasuk melalui persembahan kebudayaan Melayu dan budaya popular.

Ruang solat juga akan disediakan dan makanan percuma akan diberi kepada golongan kurang berkemampuan semasa berbuka puasa.

Berita Harian melaporkan pada Mei 2023 bahawa Dr Faishal berkata bilangan gerai bagi bazar 2024 akan berkurangan menyusuli kerja naik taraf yang akan berlangsung di sekitar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex.


Kerja naik taraf bagi kawasan tersebut bermula pada suku kedua 2023 dan berjalan hingga suku kedua 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >