Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas eksekutif SPH Media, Patrick Daniel, jadi anggota Lembaga Pengarah SBS Transit

Dec 29, 2023 | 8:58 PM
Encik Patrick Daniel
Encik Patrick Daniel - Foto ST

Pengendali pengangkutan awam SBS Transit telah menamakan dua pengarah bebas bukan eksekutif, termasuk bekas ketua eksekutif sementara SPH Media Trust (SMT), Encik Patrick Daniel, sebagai anggota lembaga pengarahnya, berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Pada 29 Disember, SBS Transit menyatakan Encik Daniel dilantik berdasarkan kebebasan, kelayakan dan pengalaman pekerjaannya.

Kumpulan itu turut berkata lembaga pengarahnya percaya beliau akan “memberikan keseimbangan yang lebih besar dan kepelbagaian kemahiran, pengalaman dan pengetahuan” dalam kalangan pengarahnya.

Beliau juga akan menyertai SBS Transit sebagai anggota jawatankuasa kemampanan dan mutu perkhidmatan lembaga pengarah itu, lapor The Business Times (BT).

Encik Daniel pernah berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Sementara SMT dari 2021 hingga 2022.

Sebelum itu, beliau adalah konsultan kepada Singapore Press Holdings (SPH) dari 2017 hingga 2018, dan timbalan ketua eksekutif kumpulan itu dari 2016 hingga 2017.

Dari 2007 hingga 2016, beliau menyandang jawatan Ketua Editor akhbar Inggeris, Melayu dan Tamil SPH.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg