Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas guru Kinderland ditangkap disyaki dera kanak-kanak di prasekolah

Aug 29, 2023 | 3:04 PM
SUSPEK ANIAYA KANAK-KANAK: Sebuah video tular dalam talian menunjukkan seorang guru prasekolah dikatakan mendera kanak-kanak pada Isnin sekitar 1 petang.
SUSPEK ANIAYA KANAK-KANAK: Sebuah video tular dalam talian menunjukkan seorang guru prasekolah dikatakan mendera kanak-kanak pada Isnin sekitar 1 petang. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK

Seorang wanita berusia 33 tahun ditangkap pada Selasa kerana disyaki menganiaya seorang kanak-kanak.

Polis berkata pihaknya menerima satu laporan mengenai sebuah video yang tular dalam talian menunjukkan seorang guru prasekolah dikatakan mendera kanak-kanak pada Isnin sekitar 1 petang.

Video mengenai seorang guru di prasekolah Kinderland di Woodlands Mart memaksa kanak-kanak minum air dan memukul seorang kanak-kanak di punggung dengan buku tular di media sosial dan platform mesej pada Isnin.

Guru tersebut telah dipecat, kata Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) sebelum ini.

Pegawai polis dari Divisyen Polis Jurong mengenal pasti wanita itu dan menangkapnya dalam masa enam jam selepas laporan dibuat.

Wanita itu akan didakwa atas kesalahan menganiaya kanak-kanak atau budak.

Mereka yang sabit kesalahan itu boleh dipenjara hingga lapan tahun, denda hingga $8,000 atau kededuanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg