Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bekas jururawat akan didakwa kerana curi, guna butiran bank pesakit tanpa izin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas jururawat akan didakwa kerana curi, guna butiran bank pesakit tanpa izin

Jan 21, 2024 | 05:05 PM



Seorang bekas jururawat yang dipercayai mencuri butiran perbankan daripada seorang pesakit di bawah jagaannya akan didakwa di mahkamah atas kesalahan, antara lain, menipu, pencurian dan mengakses komputer tanpa izin.

Lelaki berusia 23 tahun itu merupakan jururawat di Woodlands Health yang dikerahkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong pada masa kesalahan itu dilakukan, kata polis dalam kenyataannya pada 21 Januari.

Jururawat itu ditangkap selepas seorang bekas pesakit Hospital Besar Ng Teng Fong mendapati beberapa urus niaga tidak diizinkan yang menggunakan butiran kad banknya. Beliau kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketika dirawat di hospital, mangsa mendakwa beliau terbangun kerana melihat seorang lelaki yang tidak dikenalinya membongkar barang peribadinya.

Namun beliau tidak dapat memeriksa barang miliknya itu kerana berada dalam keadaan mabuk disebabkan ubat yang diambilnya.

Pegawai polis daripada Divisyen Polis Jurong telah menyiasat hal itu selepas laporan dibuat dan kemudian mengenal pasti serta menangkap jururawat itu.

Siasatan lanjut mendapati suspek lelaki itu dipercayai terlibat dalam beberapa kes lain melibatkan pesakit hospital berkenaan, dengan beberapa mangsa didakwa kehilangan lebih $12,000, kata polis.

Lelaki itu telah menyalah guna kepercayaan yang dijangkakan dalam kakitangan institusi kesihatan, mengakses butiran perbankan pesakitnya, bahkan menggunakan telefon bimbit mereka serta melakukan pelbagai kesalahan, tambah polis.

Bekas jururawat itu menghadapi beberapa tuduhan melibatkan perbuatan menipu, mengakses tanpa izin dengan niat melakukan atau memudahkan urusan pencurian, selain tuduhan melakukan perbuatan tanpa izin terhadap komputer dan akses tanpa izin bahan komputer.

Jika disabit kesalahan melakukan penipuan, dia akan didenda dan dipenjara sehingga 10 tahun.

Jika didapati bersalah atas perbuatan mencuri, dia boleh didenda, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Jika disabit kesalahan mengakses bahan komputer tanpa izin, dia boleh didenda sehingga $5,000, dijel sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Lelaki itu jika didapati bersalah mengakses dengan niat melakukan atau bersubahat bagi melakukan kesalahan, dia boleh didenda sehingga $50,000, dijel sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >