Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pegawai Muis dibicara atas tuduhan rasuah, libat kerja peningkatan masjid

Apr 2, 2024 | 8:41 PM
Seorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berdepan tuduhan rasuah melibatkan projek binaan bagi bumbung dan kerja peningkatan di Masjid Darul Aman di Jalan Eunos pada 2018, dan kerja peningkatan di Masjid Sallim Mattar di Mattar Road pada 2019.
Seorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berdepan tuduhan rasuah melibatkan projek binaan bagi bumbung dan kerja peningkatan di Masjid Darul Aman di Jalan Eunos pada 2018, dan kerja peningkatan di Masjid Sallim Mattar di Mattar Road pada 2019. - Foto fail

Seorang bekas pegawai Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) didakwa memberi nasihat kepada satu perniagaan binaan supaya mengurangkan sebut harga bagi kerja-kerja peningkatan masjid, sebagai pertukaran baginya menerima saham dalam satu syarikat pelancongan.

Abdul Rahim Mawasi dituduh membantu perniagaan, Zeal-Con Engineering, untuk diberi dua projek binaan di masjid.

Rahim, 57 tahun, dan pengarah Zeal-Con, Mohd Mustaqim Kam @ Kam Hock Beng, 65 tahun, telah dibicarakan pada 2 April bagi satu tuduhan rasuah setiap seorang, menurut CNA.

Projek-projek itu diberikan bagi binaan bumbung dan kerja peningkatan di Masjid Darul Aman di Jalan Eunos pada 2018, dan kerja peningkatan di Masjid Sallim Mattar di Mattar Road pada 2019.

Rahim merupakan pengerusi eksekutif di kedua-dua masjid tersebut pada ketika itu.

Dia juga adalah seorang pegawai di Muis, yang menyelenggara semua masjid di Singapura, menurut Timbalan Pendakwa Raya, Encik Leong Kit Yu dan Cik Yap Jia Jun.

Pendakwa raya menyebut bahawa pada Julai 2018, Rahim menyarankan agar dimulakan satu perniagaan pelancongan bersama Kam. Kam bersetuju.

Kededua lelaki kemudian bersetuju bahawa Rahim tidak perlu menyumbang kepada modal perniagaan itu.

Sebaliknya, Rahim akan membantu Zeal-Con mendapatkan kerja binaan daripada masjid yang beliau uruskan.

Kam kemudian akan menyalurkan keuntungan daripada kerja-kerja itu kepada modal tersebut, kata pihak pendakwa raya.

Selepas diberi kededua kerja binaan itu, Kam didakwa menyalur sebahagian daripada keuntungan kepada modal perniagaan pelancongan, Amal Travel & Tour.

Rahim disyaki menerima 25,000 saham Amal Travel & Tours daripada Kam pada November 2019, sebagai hadiah di atas nasihatnya dalam mengurangkan sebut harga.

Saham-saham itu didakwa dimiliki anak lelaki Rahim.

Perbicaraan kes akan diteruskan dengan kededua lelaki itu kembali ke mahkamah pada 3 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg