Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas pengadil ‘Singapore Idol’ Ken Lim bebas tuduhan hina kehormatan wanita

Dec 11, 2024 | 2:46 PM
Encik Ken Lim tiba di makhamah pada 11 Disember. Hakim mendapati tertuduh ada motif membuat dakwaan terhadap Encik Lim kerana terluka oleh kritikan beliau mengenai nyanyian dan penulisan lagunya.
Encik Ken Lim tiba di makhamah pada 11 Disember. Hakim mendapati tertuduh ada motif membuat dakwaan terhadap Encik Lim kerana terluka oleh kritikan beliau mengenai nyanyian dan penulisan lagunya. - Foto ST

Bekas pengadil Singapore Idol, Encik Ken Lim, dibebaskan daripada tuduhan menghina kehormatan seorang wanita dalam satu kejadian lebih 12 tahun lalu. 

Pada masa itu, Encik Lim, 60 tahun, adalah pengarah eksekutif di label rakaman Hype Records. 

Hakim Daerah Wong Peck mendapati Encik Lim tidak bersalah atas tuduhan membuat komen berunsur seksual terhadap wanita berkenaan, yang berusia 25 tahun ketika itu, di premis Hype Records di Henderson Road, pada 25 Julai 2012.

Identiti wanita tersebut tidak boleh didedahkan.

Wanita itu mendakwa Encik Lim bertanya apakah beliau masih dara.

Encik Lim juga didakwa berkata “bagaimana jika saya melakukan hubungan seks dengan anda sekarang”.

Wanita itu kini berpangkalan di luar negara sebagai penulis lagu dan penyanyi.

Semasa menyampaikan keputusannya pada 11 Disember, hakim mendapati wanita berkenaan bukan seorang saksi yang boleh dipercayai dan telah mencantikkan keterangannya.

Hakim juga mendapati wanita itu mempunyai motif untuk membuat dakwaan terhadap Encik Lim kerana beliau terluka oleh kritikannya mengenai nyanyian dan penulisan lagunya.

Encik Lim menghadapi enam tuduhan lain yang dikatakan melibatkan empat lagi wanita.

Lim dikatakan menghina kehormatan tiga daripada mereka, dan dituduh mencabul seorang wanita di pejabat Hype Records di Henderson Road pada 23 November 2021.

Kes-kes itu akan ditangani kemudian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg