Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bekas pesalah dadah sifatkan kerja amal bak penyembuh diri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pesalah dadah sifatkan kerja amal bak penyembuh diri

Faishal: Pelibatan bekas pesalah dadah dalam kempen ‘Dadah Itu Haram’ penting
Mar 24, 2024 | 08:23 PM



Proses penyembuhan diri yang tidak terperi nilainya.

Demikian gambaran yang diberikan Encik Rosezeli Osman, 55 tahun, mengenai pelibatan beliau dalam kerja amal berkaitan pemulihan bekas pesalah dadah.

Beliau – yang juga adalah bekas pesalah dadah – adalah pengasas kumpulan Goal Aspiration dan antara 17 sukarelawan daripada pelbagai latar belakang yang turun padang menyingsing lengan membungkus bubur dan kurma untuk diagihkan kepada pengunjung Masjid Sultan dan kawasan sekitarnya pada 24 Mac.

Kegiatan itu sempena acara jangkauan bagi kempen cegah dadah ‘Dadah Itu Haram’ (DIH).

Encik Rosezeli, yang membentuk kumpulan itu pada 2022 untuk membina rangkaian sokongan bagi menyokong pemulihan bekas penyalah guna dadah, berkata:

“Susah untuk saya terangkan kepuasan yang diraih apabila terlibat sama dalam usaha sedemikian. Ia adalah sesuatu yang dapat dirasakan hanya apabila anda melakukannya.”

Pelibatan golongan seperti beliau dalam usaha mendekati masyarakat adalah penting, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semasa bercakap kepada media semasa acara tersebut.

Beliau berkata: “Dalam kalangan kita pada hari ini terdapat mereka yang sedang menjalani proses pemulihan dan mereka merasakan kepentingan (sokongan) keluarga.

“Ini adalah konsisten dengan usaha kami untuk membina Rangkaian ‘Desistor’ – kami ingin desistor untuk turut serta bukan setakat membantu dalam usaha pemulihan, bahkan dalam usaha jangkauan (masyarakat).”


‘Desistor’ ialah kekata yang digunakan bagi seseorang yang telah dibebaskan dari penjara dan kekal bersih daripada jenayah, termasuk dadah.

Rangkaian itu diperkenalkan kali pertama pada Januari 2023.

Dr Faishal menambah bahawa adalah penting untuk masyarakat terus mencari wadah baru bagi meluaskan jangkauan untuk mengongsi tentang kesan dadah yang berbahaya.

Dalam acara itu, sukarelawan mengagihkan sekitar 1,500 pek bubur dan kurma dengan mesej, ‘Date Your Loved Ones Today!’ (DYLOT). Ia daya usaha sepanjang Ramadan bagi menyebarkan mesej supaya meluangkan masa bersama orang tersayang.

Ini bukan kali pertama Encik Rosezeli menabur bakti secara sukarela dalam kempen sedemikian. Beliau mula melibatkan diri demi “membina pola pemikiran positif”.

Ini setelah di sebalik tubuhnya yang sasa, terakam sejarah hitam tatkala beliau terjerumus dalam kancah dadah dan “keluar masuk” pusat pemulihan dan penjara sepanjang 30 tahun.

Kali terakhir beliau dibebaskan daripada tahanan atau pengawasan ialah pada 2021.

“Sudah tiga tahun saya bebas dadah dan ini satu pencapaian (bagi saya).

“Titik perubahan (untuk meninggalkan dadah) ialah apabila bapa dan ibu saya meninggal dunia selang setahun dari kepergian masing-masing pada 2015 dan 2016 sedang saya meringkuk di dalam (penjara). Daripada situ saya kuatkan tekad untuk berubah.

“Ia (terlibat dalam acara antidadah) semacam satu proses penyembuhan diri sendiri kerana kami dapat sampaikan kepada orang lain yang dadah itu haram,” ujarnya.

Tekad sedemikian yang ingin diterapkan kepada individu menerusi acara jangkauan sedemikian supaya ia dapat memperkukuhkan lagi jaringan sokongan, khususnya untuk bekas penyalah guna dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >