Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pertubuhan Melayu/Islam perlu sokong bekas pesalah agar tidak ulang kesalahan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertubuhan Melayu/Islam perlu sokong bekas pesalah agar tidak ulang kesalahan

Feb 29, 2024 | 08:27 PM



Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) memainkan peranan penting dalam mencipta ekosistem yang dapat menyokong para banduan dan bekas pesalah Melayu/Islam, dan Kementerian Dalam Negeri (MHA) akan terus bekerjasama dengan mereka mengenai pendidikan pencegahan dadah.

Demikian kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, pada 29 Februari di Parlimen, mengenai peranan MMO dalam usaha pemulihan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MHA.

“MMO merupakan rakan kongsi utama kita yang menjalankan program nuansa budaya dan telah memainkan peranan besar dalam mengurangkan kadar dua tahun bekas pesalah Melayu daripada kembali melakukan kesalahan, daripada kira-kira 34 peratus pada dekad lalu kepada 26 peratus,” ujar Dr Faishal.

Beliau juga menyentuh tentang wadah lain yang telah menyumbang kepada usaha pemulihan, termasuk Rangkaian Pemulihan Badan Melayu/Islam yang ditubuhkan untuk membantu MMO bekerjasama dengan baik, serta Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Mesra) Persatuan Rakyat (PA) yang membantu melengkapi bekas pesalah dengan kemahiran.

Lebih 150 penghuni di rumah peralihan Pertapis, Jamiyah dan Rise Above telah memanfaatkan kursus seperti literasi kewangan yang diperkenalkan Mesra.

“Sesetengah MMO telah menubuhkan sistem rujukan dalam kalangan mereka. Sebagai contoh, Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) merujukkan kes-kes yang memerlukan bantuan pendidikan kepada Mendaki.

“Langkah ini telah membantu benefisiari yang mungkin tidak tahu saluran betul untuk mendapatkan bantuan bagi isu-isu tertentu,” jelas Dr Faishal.

Beliau bersetuju dengan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Syed Harun Alhabsyi, mengenai kepentingan kerjasama masyarakat dalam mencegah penyalahgunaan dadah, serta menegaskan bahawa MHA akan terus bekerjasama dengan masyarakat mengenai pendidikan pencegahan dadah.

Menurut Dr Faishal, setakat ini, Biro Narkotik Pusat (CNB) telah bekerjasama dengan banyak MMO menganjurkan lebih 140 acara di bawah kempen ‘Dadah Itu Haram’, bagi menggalakkan masyarakat Melayu/Islam menjalani kehidupan bebas daripada dadah.

“CNB akan melengkapkan masjid dengan sumber untuk menganjurkan inisiatif bebas dadah mereka sendiri dan mengembangkan lagi pendidikan pencegahan dadah,” tambahnya.

Menjawab soalan Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah), NMP Encik Keith Chua, dan Dr Syed Harun tentang usaha merawat pesalah dadah dan mencegah bekas pesalah daripada kembali kepada dadah, Dr Faishal berkata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) akan terus bekerjasama dengan pertubuhan masyarakat untuk menawarkan sokongan kepada pesalah di Pusat Pemulihan Dadah (DRC) sebelum mereka ditempatkan dalam program pemulihan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >