Topik diikuti
Pergi ke BHkuBelanjawan 2027: Warga S’pura dijemput beri pandangan, cadangan hingga 6 Jan
Belanjawan 2027: Warga S’pura dijemput beri pandangan, cadangan hingga 6 Jan
Rakyat Singapura kini boleh memberikan pandangan dan cadangan mereka bagi Belanjawan 2027 sehingga 6 Januari 2027, sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada Februari.
Mengumumkan pelancaran konsultasi awam pada 12 November, Kementerian Kewangan (MOF) menyeru warga, perniagaan dan organisasi memberi pandangan merentasi tiga tema utama.
Tiga tema tersebut ialah mengukuhkan daya tahan dan daya saing ekonomi Singapura; melabur dalam pekerja Singapura; dan memberi jaminan yang lebih besar kepada rakyat Singapura.
Maklum balas boleh dihantar secara dalam talian melalui laman web Belanjawan Singapura (go.gov.sg/mofbudget2027), serta portal Reach dan Persatuan Rakyat (PA) berikut:
Laman mikro Belanjawan 2027 Reach (go.gov.sg/reach-budget-2027)
Laman Facebook Reach Singapore (facebook.com/REACHSingapore)
Laman Instagram Reach Singapore (instagram.com/reachsg)
Laman web ShareYourViews PA (go.gov.sg/pasyv2027)
Reach, unit maklum balas dan libat urus pemerintah, juga akan mengadakan Sesi Mendengar (Listening Point) sebelum Belanjawan secara bersemuka untuk mengumpul pandangan dan cadangan orang ramai bagi Belanjawan 2027, kata MOF.
Butiran lanjut akan diumumkan di platform media sosial Reach menjelang tarikhnya.
PA dan organisasi akar umbinya pula akan berinteraksi dengan warga Singapura melalui inisiatif ShareYourViews PA di kejiranan seluruh Singapura dan saluran masyarakat dalam talian, untuk mengumpul pandangan dan cadangan bagi Belanjawan 2027.
Butiran sesi ShareYourViews secara bersemuka boleh didapati di laman web PA.