Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Beli 3 rumah $6j bagi pihak warga China secara tidak sah: Lelaki S’pura dijel

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beli 3 rumah $6j bagi pihak warga China secara tidak sah: Lelaki S’pura dijel

Mar 05, 2024 | 06:21 PM



Seorang lelaki warga Singapura terlibat dalam pembelian tiga rumah di East Coast Road bernilai lebih $6 juta, yang dikatakan dibayar oleh seorang warga China untuk hartanah itu, kata mahkamah.

Tidak satu pun rumah itu jenis “harta kediaman tanpa had”, bermakna orang asing biasanya tidak layak membeli rumah tersebut.

Pada 5 Mac, Tan Hui Meng, 57 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua tahun, tiga bulan dan tiga minggu.

Tan yang masih muflis dan pemegang saham firma tempatan, Hwampoa, juga didenda $3,000.

Selepas satu perbicaraan, Hakim Daerah, Cik Jasvender Kaur, telah mensabitkannya atas lapan pertuduhan pada Januari, termasuk tiga di bawah Akta Harta Kediaman.

Menurut dokumen mahkamah, warga China, Zhan Guotuan, 59 tahun, telah membayar tiga hartanah itu – yang dikenal pasti dalam dokumen mahkamah sebagai J1, P1 dan M1.

Kes Penduduk Tetap (PR) Singapura itu masih belum selesai.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa rancangannya adalah untuk Zhan membeli rumah di deretan tertentu di East Coast Road dan membangunkannya semula menjadi sebuah kondominium.

Mereka menambah bahawa Tan adalah rakan sekutu Zhan dalam perniagaan pembangunan semula hartanah warga China itu.

Menurut Tan, anggaran keuntungan daripada pembangunan semula tanah di East Coast Road itu adalah lebih $50 juta, dan dia akan mendapat 20 peratus keuntungan daripada dua firma Zhan.

Dalam hujah penutup mereka, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Suhas Malhotra dan Encik Louis Ngia menyatakan bahawa Zhan adalah ahli perniagaan kaya yang mempunyai saham dalam kira-kira 100 organisasi di China.

Dia juga mempunyai perniagaan dalam industri keluli di Indonesia, Laos, dan Thailand.

Semasa kesalahan itu, pendapatan tahunannya adalah sekitar $7 juta.

Zhan menjadi PR di Singapura sekitar 2003 atau 2004 melalui program pelabur global Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), dengan dia dan dua saudara lelakinya komited sekitar $1.5 juta sebagai pelaburan di Singapura.

Menurut DPP, pelan perniagaan Zhan mudah: Melalui syarikatnya, dia akan membeli hartanah di Singapura, merobohkan rumah, membangunkan kondominium berskala kecil di tanah itu dan menjual unit tersebut.

Mereka menambah bahawa P1 bernilai $2.3 juta dan pada 30 Januari 2007. Tan membayar deposit 10 peratus sebanyak $230,000.

Dia membiayai deposit itu dengan cek $170,000 yang dikeluarkan oleh salah satu firma Zhan, Alphaland International.

Bayaran dalam bentuk perintah juruwang atau ‘cashier’s order’ $800,000 diberi kepada firma guaman penjual. Wang itu adalah daripada salah satu syarikat Zhan, Xin An Technology Group.

Pinjaman perumahan hampir $1.3 juta bagi P1 telah diambil atas nama Tan daripada sebuah bank, kata DPP.

Harta itu telah dipindahkan kepadanya pada Mei 2007.

Menurut dokumen mahkamah, J1 dibeli dengan harga $1.55 juta atas nama Guan Aimei, isteri seorang pekerja Alphaland.

Guan mematuhi arahan Tan dan menandatangani dokumen pembelian, termasuk dokumen pinjaman gadai janji bank. Hak milik sah J1 telah dipindahkan kepadanya pada 2 Julai 2007.

Tan, suami Guan dan seorang lagi pengurus sebuah firma Zhan juga bersetuju menubuhkan Hwampoa bagi tujuan memegang hartanah di East Coast itu. M1 dijual kepada Hwampoa pada harga $2.4 juta pada 9 Januari 2008.

Menurut DPP, Tan mahu membeli tujuh hartanah di sepanjang East Coast bagi pihak Zhan untuk pembangunan semula menjadi sebuah kondominium.

Tan akan membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya. Dia diikat jamin $60,000 pada 5 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >