Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Usahawan S’pura rasmi ditetapkan sebagai individu penting dari segi politik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan S’pura rasmi ditetapkan sebagai individu penting dari segi politik

Feb 26, 2024 | 03:26 PM



Usahawan Encik Philip Chan Man Ping, 59 tahun, telah ditetapkan secara rasmi sebagai individu penting dari segi politik di bawah Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindak Balas), atau Fica, sejak 26 Februari.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada 26 Februari berkata, Pendaftar Pendedahan Luar dan Politik berpendapat, tindakan balas dikenakan terhadap Encik Chan demi kepentingan awam. Beliau merupakan pengarah urusan beberapa firma pelaburan hartanah.

Pendaftar telah mempertimbangkan kenyataannya, namun “tetap berpandangan bahawa Encik Chan harus ditetapkan sebagai orang penting dari segi politik”.

Menurut laporan The Straits Times (ST), pihak berkuasa telah memberikan notis kepada usahawan kelahiran Hong Kong itu pada 2 Februari, menggariskan niat untuk menetapkan beliau sebagai orang penting dari segi politik.

Encik Chan disifatkan telah menunjukkan kecenderungan dipengaruhi oleh pihak asing dan kesanggupan untuk memajukan kepentingan mereka, kata MHA ketika itu.


Dalam kenyataan terkini, MHA berkata Encik Chan harus ditetapkan sebagai individu penting dari segi politik, kerana aktivitinya “dihalakan ke arah tujuan politik di Singapura”.

Penilaian itu bermakna Encik Chan perlu mendedahkan derma politik sebanyak $10,000 atau lebih yang diterima, serta mengisytiharkan hubungan luar negara dan faedah penghijrahan setiap tahun.

Encik Chan dibenarkan merayu kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, terhadap keputusan itu.

Kementerian tidak memberikan tarikh akhir untuk rayuan itu.

Encik Chan memberitahu ST beliau tiada sebarang komen berhubung keputusan tersebut.

Pada Mac 2023, beliau telah diundang menghadiri mesyuarat parlimen Dua Sesi China sebagai “wakil Cina dari luar negara”. Acara itu ialah acara politik paling penting di China. Encik Chan antara 30 wakil seperti itu dari seluruh dunia yang diundang.

Semasa pertemuan tersebut, beliau memberitahu media China bahawa adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina di luar negara untuk “memberitahu kisah China dengan baik”, menyeru masyarakat Cina di pelbagai negara supaya menyelaraskan cara untuk berbuat demikian.

“Jika anda ingin mempunyai masa depan, anda mesti berdiri bersama negara yang mewakili masa depan. China adalah negara yang mewakili masa depan,” katanya kepada Huaren Toutiao.


Encik Chan datang ke negara ini lebih 30 tahun lalu dan sudah menjadi warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >