Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Belia belanja $58 untuk beri pekerja asing makanan, minuman sempena ulang tahun S’pura ke-58

Aug 10, 2023 | 4:53 PM
SEBAR KECERIAAN: Encik Muhammad Noor Tijany, yang lebih dikenali sebagai Donjany dalam dunia maya, telah memuat naik video Tik Tok pada Rabu yang menunjukkan beliau membeli dan mengagihkan makanan termasuk biryani dan minuman kepada beberapa pekerja asing.
SEBAR KECERIAAN: Encik Muhammad Noor Tijany, yang lebih dikenali sebagai Donjany dalam dunia maya, telah memuat naik video Tik Tok pada Rabu yang menunjukkan beliau membeli dan mengagihkan makanan termasuk biryani dan minuman kepada beberapa pekerja asing. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO TIKTOK _DONJANY

Sempena ulang tahun Singapura yang ke-58, seorang belia berusia 24 tahun telah membelanjakan $58 khas untuk membeli makanan dan minuman buat pekerja asing.

Encik Muhammad Noor Tijany, yang lebih dikenali sebagai Donjany dalam dunia maya, telah memuat naik video Tik Tok pada Rabu yang menunjukkan beliau membeli dan mengagihkan makanan berbentuk biryani dan minuman kepada beberapa pekerja asing di kawasan Boat Quay.

Pekerja asing yang ditemui, membalas dengan senyuman lebar terukir pada wajah masing-masing.

Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Donjany berkata ini merupakan kali pertama beliau melaksanakan usaha tersebut.

“Kami sedar bahawa pekerja migran telah membina rumah kami, mereka bekerja siang dan malam membina flat HDB, laluan MRT dan membantu memastikan estet kita bersih. Tujuan (saya) lakukan inisiatif ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada wira yang kurang diiktiraf yang berada jauh daripada rumah mereka,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa warga Singapura patut mewujudkan sekitaran di mana pekerja asing ini dapat merasakan hidup bermasyarakat dan bahawa mereka berada di ‘rumah’.

Pengalaman menyentuh hati itu yang membolehkannya mengenali pengorbanan pekerja asing ini, membuat beliau lebih menghargai kehadiran mereka.

Dalam video Tik Tok yang menjana lebih 36,000 ‘like’ dan dikongsi lebih 1,000 kali itu, Donjany berkata:

“Hari kebangsaan bukan hanya perayaan buat warga Singapura tetapi buat semua yang telah membina tempat ini yang kita panggil rumah.”

Beliau menambah:

“Saya rasa inilah masa terbaik untuk kita sekurang-kurangnya menunjukkan sedikit penghargaan kepada mereka kerana di akhirnya, mereka merupakan manusia biasa dengan emosi. Ia membuat mereka rasa gembira apabila kita menunjukkan penghargaan kepada mereka.”

View post on TikTok

Beliau turut mengundang orang ramai agar menyertainya dalam menyumbang kembali kepada pekerja migran menerusi inisiatif ‘Thank You Bhaiya 2023’, atas kerjasama dengan Forum Belia Muslim (MYF).

MYF akan mengadakan jamuan biryani bagi makan tengah hari buat 1,000 pekerja asing untuk menghargai jasa mereka.

Ia meyasarkan untuk mengumpul $10,000 menjelang akhir Ogos.

View post on Instagram
 
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg