Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Belia masjid bersemangat baiki diri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Belia masjid bersemangat baiki diri

Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Masjid Hasanah menitikberatkan peri pentingnya kegiatan belia untuk memupuk tenaga sukarelawan, terutama sekali golongan lebih muda.

Bagi menggalakkan peranan golongan belia masjid, Masjid Hasanah tidak ketinggalan mengadakan program belia yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan dan agama.

Pemerkasaan program belia Masjid Hasanah ini diutamakan dengan tujuan membuka ruang kepada golongan belia meraih pembelajaran sosial dan merasai pengalaman baru dalam kehidupan.

Selain kegiatan seperti permainan futsal dan kelas agama, Belia Masjid Hasanah telah menganjurkan kegiatan ‘Youth Trekking’ dari Marang Trail ke HortPark pada 24 Februari lalu, berserta ceramah ringkas oleh Ketua Belia Masjid Hasanah, Ustaz Muhammad Fazli Naim, yang dihadiri seramai lebih kurang 20 belia masjid tersebut.

Pada akhir Mac, Masjid Hasanah dengan kerjasama Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Ayer Rajah, akan mengadakan qiamullail khas, pada 28 Mac selepas isyak hingga subuh 29 Mac 2024, untuk belia.


Menurut Ustaz Muhammad Fazli, beliau berharap para belia memperoleh manfaat daripada program-program yang dikendalikan masjid serta berpeluang menyumbang balik kepada masyarakat, khasnya kepada masyarakat Islam setempat.

Berkongsi pengalaman sebagai salah seorang belia Masjid Hasanah, Encik Mohammad Faiz Mohammad Iskandar, 19 tahun, berkata beliau gembira terlibat sebagai belia di sana.

“Saya mahu mewakili Masjid Hasanah dan belajar tentang agama. Saya dapat mempelbagaikan kemahiran asas seperti cara menurunkan tekanan, menjaga kesihatan dan mementingkan sikap tanggungjawab, optimis serta ramah. Dengan sokongan masjid, saya lebih bersemangat mahu menjadi seorang Muslim yang lebih hebat,” katanya yang sudah dua tahun bersama Belia Masjid Hasanah.

Salah seorang belia lagi, Nur Insyirah Banu Muhammad Dkky Zulkarnain, 17 tahun, menjelaskan, beliau bersyukur kerana berpeluang menyertai pelbagai kegiatan Belia Masjid Hasanah.

“Selama hampir dua tahun, saya telah menyertai Belia Masjid Hasanah kerana disokong oleh Ketua Jabatan Penglibatan dan Kemasyarakatan Masjid Hasanah, Cik Suhana Salleh. Saya juga berhasrat memperkukuhkan kemahiran individu.

“Daripada kegiatan meredah hutan kelmarin, saya belajar banyak perkara seperti cara menyayangi alam sekitar sebagai satu nikmat kurniaan Allah swt. Saya juga dapat mengenali lebih ramai belia berlainan umur dan latar belakang.


“Saya juga mempunyai waktu mempelajari kisah zaman nabi, memperbaiki akhlak, menghafal surah dan banyak lagi. Saya bersyukur kerana berpeluang belajar agama dengan lebih mendalam kerana semuanya bermanfaat,” jelas Nur Insyirah.

Masjid Hasanah mengalu-alukan jemaah dan belia tampil menjadi sukarelawan dalam membantu ‘Projek Naik Taraf Masjid Hasanah’ serta program-program Ramadan di masjid.

Bagi yang tidak dapat membantu secara fizikal, sumbangan derma untuk dana projek naik taraf ini juga akan disambut baik oleh masjid.

Masjid Hasanah turut berterima kasih kepada semua jemaah yang telah menghulurkan sumbangan, sama ada sumbangan iftar/buka puasa ataupun wakaf, atau derma bagi Projek Naik Taraf Masjid Hasanah.

HULUR DERMA


Cara menyumbang kepada dana masjid:

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isikan di ruang ‘rujukan’ dengan ‘Wakaf’ atau ‘Infak’. Jika inginkan resit, sila isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque.

3. Melalui cek atas nama “LPM Hasanah” dan poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tuliskan nama, alamat dan nombor telefon di belakang cek.

4. Jika anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi pejabat Masjid Hasanah di talian +65 6561-7990, Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang) atau Sabtu dan Ahad (9 pagi hingga 1 petang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >