Beberapa belia dilihat turut beratur sama di luar bangunan Mahkamah Agung pada 3 Oktober bagi mengikuti perkembangan dalam kes melibatkan bekas Menteri Pengangkutan, S. Iswaran.
Menukil laporan The Straits Times (ST), ada yang tiba seawal sekitar 8 pagi untuk menyertai barisan bagi orang awam yang ingin mengikut kes tersebut di dalam bilik mahkamah, dengan jumlah yang boleh ditampung terhad.
Antaranya adalah pelajar Sekolah Victoria, Evans Woo, 13 tahun, antara mereka yang termuda yang ditemui di luar mahkamah.
Dia hadir ke mahkamah dari Tanah Merah seorang diri.
Dia berkata: “Ini adalah kali pertama dalam masa yang lama seorang (bekas) menteri dibicarakan seperti ini, dan saya hanya mahu melihat bagaimana semuanya berlaku.”
Begitu juga bagi dua pelajar Politeknik Ngee Ann berusia 17 tahun, Gideon Soo dan Issac Soh, yang siap berpakaian sut dan bertali leher untuk mengikuti perkembangan kes itu.
Gideon dikatakan tiba di mahkamah sekitar 5 pagi tetapi tidak pasti cara mendapatkan tiket untuk memasuki bilik mahkamah.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg