Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bentang permaidini Iran sambut tetamu beraya

Apr 5, 2024 | 5:30 AM
Banyak lagi pilihan permaidani di Tabriz Carpets yang bakal menyerikan Hari Raya tahun ini.
Banyak lagi pilihan permaidani di Tabriz Carpets yang bakal menyerikan Hari Raya tahun ini. - Foto TABRIZ CARPETS

Tabriz Carpets menawarkan harga sehingga 40 peratus lebih rendah daripada peruncit lain bagi jualan permaidaninya. Pemilik Tabriz Carpets, Encik Faramarz Neamati, memberi jaminan dan berharap ramai akan merebut peluang membeli permaidani bermutui dari Iran yang termampu menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

“Di Tabriz Carpets, kami menjual produk eksklusif, khususnya permaidani dari Iran. Seperti yang kami yakinkan Iran menghasilkan permaidani terbaik dan bermutu tinggi. Iran telah dikenali sebagai pengeluar permaidani simpul tangan terbaik di seluruh dunia,” kongsi Encik Faramarz dan menambah bahawa pengeluaran mereka berbalik kepada sejarah berabad-abad lamanya dan mereka masih mengekalkan tradisi itu sehingga hari ini.

Demi mengikut peredaran masa dan keperluan yang lebih inovatif dan ekonomikal, mereka juga telah membina sebuah bandar yang terkenal di Iran dan banyak kilang menghasilkan permaidani buatan mesin.

“Reka bentuk permaidani Iran ini lebih menyerlah daripada corak klasik yang penuh dengan desain flora dan fauna, daun dan bunga, corak ‘tribal’ dan reka bentuk moden. Dan kami mendapati mutunya jauh lebih baik daripada permaidani dari negara lain,” jelasnya lagi.

Setiap permaidani tidak dicipta sama dan mempunyai mutu berbeza. Di Tabriz Carpets, permaidani ini dikategorikan mengikut ‘reed’ atau bilangan simpulan dalam 1 meter lebar manakala bilangan simpulan dalam 1 meter panjang dipanggil kepadatan (density).

Lebih tinggi bilangan lebih baik. Contohnya, bagi permaidani 500 simpulan, simpulannya lebih jauh di antara satu sama lain dan lebih tebal manakala permaidani 1,700 simpulan lebih nipis.

Di Tabriz Carpets, Encik Faramarz ingin pelanggan mengetahui dan dapat menilai sendiri permaidani terbaik untuk mereka. Beliau juga akan memberitahu pembeli tentang pilihan permaidani yang dibeli pelanggan.

Tabriz Carpets akan memastikan ada cenderahati istimewa untuk setiap pembelian.

Kunjungi media sosial syarikat ini di Facebook: Tabriz Carpets Pte Ltd atau Instagram: tabrizcarpetssg bagi tawaran harian.

Untuk pertanyaan, pembelian dan penilaian, kunjungi bilik pameran Tabriz Carpets di 9002 Tampines Street 93 #02-30 Singapura 528836.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg