Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beramal sambil baca, teroka bersama puteri Disney Junior, Ariel

Jul 3, 2024 | 5:30 AM
Di bawah usaha amal, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), ‘Read for Books’, kanak-kanak yang memerlukan akan diberi buku bagi setiap 10 pembaca yang membaca buku sekurang-kurangnya 15 minit.
Di bawah usaha amal, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), ‘Read for Books’, kanak-kanak yang memerlukan akan diberi buku bagi setiap 10 pembaca yang membaca buku sekurang-kurangnya 15 minit. - Foto fail

Usaha amal, ‘Read for Books’

Galakkan anak anda untuk kekal membaca, kerana hobi membaca itu bakal membantu kanak-kanak dari isi rumah yang kurang bernasib baik.

Dari 1 hingga 31 Julai, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), menerusi usaha amal, ‘Read for Books’, akan mendermakan senaskhah buku atau sepadan dengannya bagi setiap 10 orang yang membaca selama 15 minit.

Buku itu akan disumbangkan kepada penerima terpilih.

Usaha amal tersebut telah dijalankan setiap tahun sejak 2016 sebagai sebahagian daripada Gerakan Membaca Kebangsaan.

Bagi 2024, penerima manfaat itumerupakan kanak-kanak daripada inisiatif WondeRead dan kidsREAD, serta agensi perkhidmatan sosial MINDS, yang menjaga golongan kurang upaya dari segi intelek serta keluarga mereka.

Keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil akan diberikan kit permulaan di bawah daya usaha, Ready to Read @ NLB.

Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dalam kutipan derma itu dengan mendaftar sebagai individu, sekolah atau pertubuhan.

Anda boleh membaca di mana sahaja dan anda hanya perlu serahkan gambar anda melakukan kegiatan tersebut.

Maklumat lanjut melalui pautan, https://bh.sg/nlbreadbooks

Penulis dan pengilustrasi setempat, Sarah Ang, menerbitkan buku bergambar keduanya, ‘Charlie the Sweeper’. Beliau berharap bukunya itu dapat membantu pembaca sedar bahawa setiap orang memiliki sifat unik tersendiri.
Penulis dan pengilustrasi setempat, Sarah Ang, menerbitkan buku bergambar keduanya, ‘Charlie the Sweeper’. Beliau berharap bukunya itu dapat membantu pembaca sedar bahawa setiap orang memiliki sifat unik tersendiri. - Foto EPIGRAM BOOKS

Buku bergambar, ‘Charlie The Sweeper’

Charlie, sejenis ketam ‘sand bubbler’, teruja dengan bakat haiwan lain.

Dia berkata dia hanya merupakan “seorang tukang sapu” kepada seekor ular laut dan penyu Hawksbill.

Namun, dengan bantuan sejenis burung yang dikenali sebagai, ‘Tern’, dia sedar bahawa dia juga merupakan seorang artis yang menghasilkan corak yang cantik di pantai.

Melalui buku bergambar keduanya, Charlie the Sweeper, penulis dan pengilustrasi tempatan, Sarah Ang, ingin pembaca sedar setiap orang memiliki sifat unik mereka tersendiri.

Beliau dapat melihat corak yang dihasilkan oleh ketam ‘sand bubbler’ itu di sebuah pantai.

“Kemudian, saya tertanya: Adakah mereka sedar bahawa mereka hebat?” kata penulis berusia 43 tahun itu.

Cerita ini dekat di hatinya kerana beliau boleh memahami perasaan Charlie, yang berasa orang lain lebih luar biasa.

“Pernah sekali, di sebuah perhimpunan, saya memperkenalkan diri saya sebagai ‘hanya seorang suri rumah’,” kongsi beliau.

“Orang yang saya ajak bercakap menjawab: ‘Anda bukan hanya seorang suri rumah’. Itu mengejutkan saya dan saya ingat sehingga hari ini,” tambah beliau.

Ang merupakan seorang saintis sebelum menjadi pengilustrasi bebas dan suri rumah demi menjaga anaknya yang berusia 12 tahun, sembilan tahun dan tujuh tahun.

Buku kanak-kanak pertamanya, The River That Brings Us Life, mengenai pembersihan Sungai Singapura, diterbitkan pada 2022.

Buku berharga $14.90 boleh dibeli di laman web Epigram Book: https://bh.sg/charlie

Watak Disney Junior, Ariel, diketengahkan dalam siri animasi terbaru di Disney+. Penonton cilik diajak menyaksikan perjalanannya dalam dunia dasar laut, Atlantica.
Watak Disney Junior, Ariel, diketengahkan dalam siri animasi terbaru di Disney+. Penonton cilik diajak menyaksikan perjalanannya dalam dunia dasar laut, Atlantica. - Foto DISNEY+

Ariel Disney Junior

Puteri duyung, Ariel, mengajak kanak-kanak prasekolah supaya ikut bersamanya di dasar laut dalam siri animasi terkini di Disney+.

Watak Disney Junior, Ariel, diilhamkan oleh filem animasi 1989 yang digemari ramai, The Little Mermaid, dan aksi langsungnya pada 2023.

Siri itu akan mengikut pengembaraan Ariel, lapan tahun, di dunia dasar laut, Atlantica.

Dia disertai rakan-rakannya yang dikenali ramai, Sebastian rakan umang-umang; dan Flounder, rakan ikannya, yang kelihatan sama seperti dalam filem 35 tahun lalu.

Namun filem ini mempunyai beberapa kejutan.

Sebagai contoh, penjahat kegemaran peminat, Ursula, ahli sihir laut, kini menjadi ibu saudara Ariel.

Nantikan watak baru juga, seperti kawan baik Ariel, Lucia dan Fernie.

Empat episod setengah jam, setiap satu terdiri daripada dua cerita, kini ditawarkan di wadah Disney+.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg