Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Berbekal nilai empati, buru impian ceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berbekal nilai empati, buru impian ceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak

Terlibat dalam kerja kemasyarakatan sejak kecil,
galas pelbagai tanggungjawab kepimpinan
Dec 25, 2023 | 05:32 AM



Sejak kecil lagi, Nur Maya Mohamed Marari, didedahkan kepada nilai insan, seperti memahami perasaan dan belas kasihan terhadap orang sekeliling. 

Pendedahan itu menjadikannya peka untuk saling menyokong dan membantu mereka yang berada dalam keadaan memerlukan dan kesusahan.

Apatah lagi, ibu bapa Nur Maya seringkali mengajak beliau dan adik lelakinya untuk melibatkan diri secara aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan. 

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, didikan itu kini melahirkan seorang gadis berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Jurong yang memegang nilai itu sebagai panduan hidup yang mendorong dirinya untuk terus menyumbang kepada masyarakat. 

Dengan keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘N’ yang diterimanya pada 18 Disember, ia membuka peluang baru bagi Nur Maya untuk memenuhi matlamatnya melanjutkan pengajian dalam kursus pembangunan awal kanak-kanak.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) tentang perasaannya sebelum mengambil keputusan, Nur Maya akur bahawa perasaan gelisah itu membelenggu dirinya walaupun dirinya kelihatan tenang.


Pada masa yang sama, beliau menzahirkan kelegaan selepas menamatkan salah satu detik penting dalam kehidupannya.

“Sebenarnya saya berasa teruja dan lega kerana dapat mengharungi cabaran-cabaran selama empat tahun berada di sekolah menengah.”

Anak sulung itu memikul pelbagai tanggungjawab di samping pelajaran akademik.

Ia termasuk menjalankan peranan kepimpinan sebagai Naib Presiden Majlis Pelajar pada 2022-2023 di mana beliau mengetuai Project Mahalo 2022, bekerjasama dengan Pergerakan Baik Budi Singapura dan Pusat Pekerja Migran (MWC) dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang pekerja asing dan menyediakan pakej penjagaan untuk golongan tersebut.

Nur Maya turut menggalas tanggungjawab peranan kepimpinan dalam projek khidmat masyarakat, termasuk bersama Golongan Kurang Upaya Intelek Singapura (Minds), di mana beliau menganjurkan kegiatan berbentuk digital untuk mereka.

Nilai kemanusiaannya lebih jelas terbukti dengan penglibatannya dalam kegiatan kokurikulum sebagai anggota Palang Merah yang berpengaruh, membimbing rakan sebaya, cemerlang dalam pertandingan pertolongan cemas, dan memenangi Pertandingan Pengurusan Bencana pada 2022. 

Pada usia yang muda, nilai empati yang ada pada dirinya sangat luar biasa. Walaupun 18 Disember merupakan salah satu tarikh penting dalam kehidupannya, beliau bertimbang rasa terhadap jadual kerja orang tuanya.

“Hari ini saya mengambil keputusan seorang diri. Orang tua saya bekerja jadi saya tidak mahu menyusahkan mereka,” jelasnya sambil mengukirkan senyuman.

Walaupun tanpa kehadiran anggota keluarga, Nur Maya ditemani rakan sekelas dan gurunya ketika menerima keputusan peperiksaan GCE peringkat ‘N’ dengan harapan ingin membanggakan kedua-dua orang tuanya dan menjadi teladan kepada adik lelakinya yang berusia 14 tahun.

Usahanya yang secara konsisten menunjukkan contoh positif dan secara aktif menyumbang kepada kesejahteraan orang di sekelilingnya menjadi pembakar semangat bagi dirinya untuk mencapai impiannya iaitu menceburi sektor pendidikan awal kanak-kanak.

“Dengan mengambil keputusan (peperiksaan) ini, saya harap dapat mengambil kursus pendidikan awal kanak-kanak di Politeknik Temasek.

“Saya telah membuat kajian yang mendalam tentang kesemua politeknik di Singapura dan bagi saya, Politeknik Temasek menawarkan pengajian yang terbaik untuk kursus ini.

“Andai kata keputusan saya tidak memenuhi syarat yang dikehendaki pihak politeknik, kursus ini masih ditawarkan di tempat pengajian lain seperti ITE (Institut Pendidikan Teknikal).”

Maya justeru akan terus berusaha demi memburu impiannya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >