Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hampir 80% calon Normal Akademik layak ke menengah lima

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir 80% calon Normal Akademik layak ke menengah lima

Dec 18, 2023 | 03:35 PM



Hampir 80 peratus calon daripada aliran Normal (Akademik) yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat N(A) 2023 layak ke peringkat menengah lima, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB).

Lebih 13,500 pelajar yang menduduki peperiksaan itu menerima keputusan mereka pada 18 Disember.

Daripada 9,153 calon yang menduduki peperiksaan tersebut, 99.4 peratus daripada mereka, atau 9,094 calon, mendapat sijil GCE Peringkat N(A).

Sijil itu diberikan kepada calon yang memperoleh Gred 5 atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran N(A).

Antara mereka yang mendapat sijil tersebut, seramai 77.2 peratus layak ke menengah lima.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan pada 18 Disember, MOE dan SEAB berkata, calon yang meraih agregat tidak melebihi 19 mata dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan tiga mata pelajaran terbaik (ELMAB3) mempunyai pilihan memohon bagi Skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP).

DPP mempersiapkan pelajar menengah empat N(A) bagi pengajian dalam kursus diploma politeknik terpilih menerusi program Nitec Lanjutan dua tahun di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Di bawah DPP, pelajar yang selesai mengikuti kursus Higher Nitec dan meraih gred purata mata (GPA) minimum yang layak akan mendapat tempat dalam kursus diploma politeknik berkaitan dengan kursus Nitec Lanjutan mereka.

Sekitar 1,200 tempat DPP akan ditawarkan di semua tiga kolej ITE. Permohonan untuk DPP akan dibuka pada 18 Disember.

Di samping itu, pelajar N(A) yang meraih agregat ELMAB3 tidak melebihi 12 mata mempunyai pilihan memohon bagi Program Asas Politeknik (PFP).

Program asas setahun di politeknik itu menawarkan kurikulum berorientasikan amalan demi mempersiapkan pelajar bagi kemasukan ke kursus diploma politeknik yang relevan.

Pelajar yang selesai menjalani PFP dapat melangkah masuk ke kursus diploma yang telah dipilih sebelum itu, dengan syarat mereka lulus semua modul dalam PFP.

Sekitar 1,700 tempat PFP ditawarkan di politeknik secara keseluruhannya dan permohonan akan dibuka pada Januari 2024 setelah keputusan GCE Peringkat ‘O’ diumumkan.

Sementara itu, 98.1 peratus atau 4,330 daripada 4,422 calon yang menduduki peperiksaan peringkat Normal (Teknikal) 2023 mendapat sijil GCE Peringkat N(T).

Sijil itu diberikan kepada calon yang memperoleh Gred D atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran N(T).

Pelajar N(T) yang tamat pengajian sekolah menengah boleh melanjutkan pengajian dengan mengkuti program Nitec selama dua tahun atau program Nitec Lanjutan selama tiga tahun di ITE.

Sekolah menengah juga boleh memindahkan pelajar menengah empat N(T) ke menengah empat aliran N(A) jika mereka meraih gred A bagi kededua subjek Bahasa Inggeris dan Matematik serta gred B atau lebih baik bagi satu mata pelajaran lain dalam peperiksaan GCE Peringkat N(T).

Pelajar boleh berbincang dan mendapatkan nasihat mengenai kursus yang boleh dipilih daripada guru serta panduan kaunselor Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya (ECG). Mereka boleh membuat temu janji kaunseling ECG di https://go.gov.sg/moe-ecg-centre.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >