Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bergambar dengan watak Sanrio antara kegiatan menarik musim cuti

Nov 28, 2023 | 5:30 AM
WATAK TERKENAL: Kanak-kanak berpeluang berjumpa watak kegemaran Sanrio mereka. Selain bergambar, mereka juga boleh melakukan kegiatan lain yang menyeronokkan  bertemakan Sanrio.
WATAK TERKENAL: Kanak-kanak berpeluang berjumpa watak kegemaran Sanrio mereka. Selain bergambar, mereka juga boleh melakukan kegiatan lain yang menyeronokkan bertemakan Sanrio. - Foto MARINA SQUARE

Watak-watak Sanrio, Hello Kitty, Pompompurin dan Gudetama membuat penampilan di Christmas Wanderland di Singapura.

Anak-anak berpeluang bergambar bersama watak-watak itu dari 1 hingga 17 Disember, kecuali Isnin dan Selasa, di Marina Square.

Hanya 40 keluarga dibenarkan beratur pada satu-satu masa dan tiada pembelian diperlukan untuk bergambar.

Ruang atrium pusat beli-belah itu telah dihias bertemakan Sanrio, seiring pelbagai kegiatan percuma sehingga 1 Januari.

Terdapat pit bola besar untuk kanak-kanak dan dewasa.

Buih salji juga akan diturunkan tiga kali sehari di gelanggang yang berdepan Cinnamoroll.

Pada hari tertentu, kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun boleh bermain boling dan menumbangkan pin besar untuk mendapatkan hadiah.

Pengguna aplikasi Marina Square akan menerima kad ucapan perayaan dan pelekat Sanrio, dengan reka bentuk baru dikeluarkan setiap minggu.

Jika anda berbelanja sekurang-kurangnya $180 di Marina Square, anda boleh mendapat cawan percuma.

Butiran lanjut boleh didapatkan di laman web, str.sg/ixEa.

Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak ke Skypark by Kiztopia.

Ruang dalaman dengan struktur permainan bertingkat, laluan berhalangan dan cabaran elemen tinggi baru telah dibuka di tingkat empat Cineleisure pada 24 November.

Skypark dikendalikan oleh pasukan yang mengurus cawangan taman permainan Kitztopia, yang disasar kepada kanak-kanak yang lebih kecil.

Namun, dengan ruang seluas 8,000 kaki – dihiasi dengan tema biru dan jingga – Skypark berharap ia akan menarik perhatian kanak-kanak berumur enam tahun, remaja dan dewasa.

Kanak-kanak kecil dialu-alukan menyertai kegiatan yang disediakan.

Mereka yang berumur satu hingga 15 tahun harus membayar $22.80 untuk bermain selama sejam.

Mereka yang berusia 16 tahun ke atas boleh membayar $15 untuk pas sepanjang hari.

Keluarga juga boleh menempah bilik parti untuk meraikan majlis khas.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web, kiztopia.com.

Kanak-kanak kurang upaya berumur dua hingga sembilan tahun, serta keluarga mereka dijemput bermain dan belajar di program percuma, Open Minds,Open Doors.

Program itu akan berlangsung pada 1 Disember, dari 1 hingga 5 petang, di tapak pertubuhan amal Playeum di Bedok.

Kanak-kanak boleh meneroka ruang bermain interaktif bersama ibu bapa dan penjaga mereka.

Ibu bapa boleh mendapatkan panduan cara menarik minat kanak-kanak dengan kegiatan menggunakan bahan harian di rumah.

Kajian menunjukkan bermain secara terbuka amat berfaedah bagi mengembangkan kemahiran hidup sosioemosi kanak-kanak.

Sesi itu akan diterajui oleh pengarah eksekutif Playeum, Cik Charlotte Goh, dan pengasas Arts of the Earth Learning Hub, Cik Esther Joosa.

Ia adalah sebahagian daripada Pesta Enabling Lives anjuran SG Enable, agensi bagi menggalak penglibatan golongan kurang upaya di Singapura.

Peserta boleh berhubung dengan keluarga lain dan membentuk masyarakat yang menyokong satu sama lain.

Mereka yang berminat boleh mendaftar untuk ‘Open Minds, Open Doors’ di laman web, str.sg/ixER.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg