Topik diikuti
Pergi ke BHkuBerita Harian dekati pelajar di Simposium Bahasa Ibunda
Berita Harian dekati pelajar di Simposium Bahasa Ibunda
Berita Harian dekati pelajar di Simposium Bahasa Ibunda
Murid dan ibu bapa yang berkunjung ke reruai Berita Harian (BH) di Simposium Bahasa Ibunda di Singapore Expo pada 1 Ogos, disajikan dengan pelbagai kegiatan menarik dan interaktif.
Antara lain, mereka berpeluang merasai sendiri pengalaman sebagai wartawan BH dengan mewawancara orang ramai menggunakan mikrofon BH.
Selain itu, mereka juga dapat menyertai kegiatan mencari perkataan dan memutar roda untuk memenangi hadiah.
Reruai BH turut menampilkan akhbar Gen G dan majalah Cilik Cerdik.
Gen G merupakan akhbar khas BH buat pelajar sekolah rendah dan menengah, manakala Cilik Cerdik merupakan majalah bagi kanak-kanak prasekolah, yang menjadi bahan bermanfaat dalam pembelajaraan bahasa Melayu.
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi, turut melawat reruai BH untuk mengetahui lanjut tentang produk BH yang antara lain bertujuan menggalakkan murid mengasah kemahiran bahasa Melayu mereka menerusi bahan yang menarik.
“Saya berbesar hati dengan sokongan ibu bapa dan minat kuat mereka terhadap penggunaan bahasa ibunda.
“Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa ibunda terus dilihat sebagai sesuatu yang penting dan kekal relevan bagi masyarakat kita,” kata Dr Syed Harun.
