Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bersemangat terus tingkat kesedaran umum terhadap golongan kurang upaya

Aug 6, 2024 | 5:30 AM
Penyelia Pusat Aktiviti Harian (DAC) AWWA, Cik Nur Atiqah Hairodin, berkongsi bahawa masyarakat umum Singapura kini lebih terbuka dan lebih sedar akan golongan kurang daya fizikal dan golongan kurang upaya secara am. Namun, usaha masih perlu dipergiat bagi tingkatkan kesedaran orang ramai.
Penyelia Pusat Aktiviti Harian (DAC) AWWA, Cik Nur Atiqah Hairodin, berkongsi bahawa masyarakat umum Singapura kini lebih terbuka dan lebih sedar akan golongan kurang daya fizikal dan golongan kurang upaya secara am. Namun, usaha masih perlu dipergiat bagi tingkatkan kesedaran orang ramai. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Tercegat seketika apabila Cik Nur Atiqah Hairodin melihat kaki dan tangan seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an diikat pada kerusi roda tatkala susuk tubuhnya disorong masuk ke Pusat Aktiviti Harian (DAC) AWWA bagi menyertai program kendalian agensi perkhidmatan itu.

Penyelia Pusat DAC AWWA di Pasir Ris itu berkongsi bahawa lelaki tersebut kurang daya fizikal dan diikat pada kerusi roda untuk mengelakkannya daripada meronta-ronta.

Beliau menambah sudah sekian lama lelaki tersebut terperuk di dalam rumah ketika dijaga ibu bapanya sejak kecil.

Cik Atiqah, 33 tahun, berkata: “Setelah pemergian si ibu, adik-beradiknya pula yang menjaganya.

“Mereka sedia maklum pentingnya penglibatan sosial… jadi mereka daftarkan lelaki tersebut dalam program kami.

“Hari pertama beliau hadir (di DAC AWWA), kaki dan tangannya diikat pada kerusi roda dan beliau tidak berkasut kerana sudah terbiasa berkaki ayam ketika berada di dalam rumah.”

Demikian antara pengalaman yang sukar dilupakannya sejak beliau mula menyertai AWWA Ltd sebagai jurupulih pekerjaan (occupational therapist) pada Oktober 2013.

Beliau menjelaskan pengalaman tersebut memberi kesan mendalam kerana ia memberi kesedaran bahawa segelintir golongan yang barangkali masih ada salah tanggapan atau pemahaman serong terhadap golongan kurang daya fizikal dan golongan kurang upaya secara amnya.

Ia mencabar baginya untuk mengubah tanggapan terhadap penjaga bagi lelaki kurang upaya tersebut agar tidak mengikat kaki dan tangan pada kerusi rodanya, sebelum mereka akhirnya membebaskan ikatan dan tidak mengikatnya lagi.

“Untuk bertahun lamanya, keluarga lelaki itu beranggapan ia mustahil untuk membawa individu kurang daya fizikal menaiki pengangkutan awam.

“Ia lebih mudah untuk beliau menetap di rumah sahaja, memandangkan individu sebegini lumrahnya akan berteriak dan menjerit… dalam suasana yang baru.

“Namun, buat pertama kali semasa Tahun Baru Cina 2024, keluarga ini membawanya kunjung-mengunjungi dengan menaiki pengangkutan awam dan hanya mengenakan tali keledar (pada lelaki kurang upaya itu),” ujarnya.

Dari sinilah Cik Nur Atiqah menekankan peri pentingnya mengadakan aktiviti berteraskan penglibatan semua, tambahnya.

Daripada pengamatan peribadinya, beliau berkongsi bahawa masyarakat umum Singapura kini lebih terbuka dan lebih sedar akan golongan kurang upaya secara am, berbanding semasa beliau mula berkecimpung dalam bidang ini pada 2013.

Beliau berkata: “Kami sedia maklum golongan kurang daya upaya ada kalanya tidak mempunyai kemahiran sosial yang sesuai.

“Apa yang berlaku sebelum ini ialah sebahagian individu memberi ‘jelingan’ (terhadap golongan sedemikian) dan mereka tidak begitu terbuka untuk memberi respons (kepada golongan ini).

“Namun kini, (saya lihat) lebih ramai yang memberi respons dan berinteraksi dengan golongan ini.”

Pengamatan sedemikian merupakan perkembangan positif buat Cik Nur Atiqah dan mendorongnya untuk meneruskan usaha dalam bidang yang diceburinya selama lebih 10 tahun.

“Agak mustahil untuk melakukan perubahan terhadap seluruh masyarakat.

“Jadi anda mulakan langkah perubahan terhadap seorang individu dahulu,” jelas Cik Nur Atiqah.

“Dari situ, jika saya boleh ubah pola pemikiran anggota keluarga, anggota tersebut dapat mempengaruhi kenalan atau individu lain.

“Dengan cara ini, kesedaran dapat berkembang secara positif,” tambah Cik Nur Atiqah.

Cara tingkatkan lagi kesedaran terhadap golongan kurang upaya di S’pura

Agak mustahil untuk melakukan perubahan terhadap seluruh masyarakat. Jadi anda mulakan langkah perubahan terhadap seorang individu dahulu. Dari situ, jika saya boleh ubah pola pemikiran anggota keluarga, anggota tersebut dapat mempengaruhi kenalan atau individu lain. Dengan cara ini, kesedaran dapat berkembang secara positif.
 Cik Nur Atiqah Hairodin, penyelia Pusat Aktiviti Harian (DAC) AWWA.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg