Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

BH berperanan bentuk identiti masyarakat Melayu S’pura: Masagos

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BH berperanan bentuk identiti masyarakat Melayu S’pura: Masagos

Menteri turut sentuh antaranya kemajuan masyarakat Melayu/Islam serta peranan yang dimainkan M³
Jan 17, 2024 | 08:29 PM



Berita Harian (BH) mempunyai peranan penting dalam membentuk identiti masyarakat Melayu/Islam dan liputan beritanya harus terus mencerminkan apa yang penting dalam masyarakat, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


Ketika mengunjungi bilik berita BH pada 17 Januari, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, memuji transformasi digital BH yang bukan sahaja membawa kepada peralihan kepimpinan, malah penggunaan teknologi dan inovasi baru, seperti analisis data dan media sosial, bagi menyediakan liputan berita mendalam dan luas, serta menarik pembaca lebih muda.


“Kandungan yang dimasukkan ke dalam akhbar harus mencerminkan apa yang penting dalam masyarakat, jadi tidak segala-galanya harus dimasukkan, tetapi berita yang dilaporkan haruslah cukup mendalam dan meluas.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada meja berita BH kerana menyusun kandungan yang baik,” ujar Encik Masagos.


Sebagai sebahagian usaha mendekati pelajar institut pengajian tinggi (IHL), BH melancarkan ruangan baru bergelar GenKini yang menggalak sumbangan daripada golongan pelajar itu, serta wadah baru, OMG atau ‘Orang Muda Gitew’, bagi mendekati golongan muda.


Di samping itu, akhbar pelajar BH yang dipanggil Gen G, juga telah menjalani transformasi untuk mendekati pembaca muda dengan reka bentuk halaman baru yang kini mempamerkan estetika segar dan moden.


Menyentuh tentang gagasan Masyarakat Gemilang dan visinya untuk masyarakat Melayu/Islam di Singapura, Encik Masagos berkata individu Melayu/Islam di sini harus didasari tiga ciri utama – Keperibadian, Kemahiran dan Kewarganegaraan.

Beliau juga berkongsi bahawa Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Gemilang (ICCOS) 2024 bakal membincangkan isu unik dihadapi masyarakat Melayu/Islam dan berpendapat bahawa terdapat perubahan bagaimana cara masyarakat Melayu/Islam melihat diri mereka sendiri.

“Jadi kita harus berbangga dengan pencapaian masyarakat kita sendiri. Sebelum orang lain boleh menghormati kita, kita mesti belajar untuk menghormati masyarakat kita sendiri. Saya berharap media akan memainkan peranan dalam membantu mencapai perspektif ini,” tambah Encik Masagos.

Semasa lawatannya itu, Encik Masagos turut menyentuh tentang peranan M Kuasa Tiga (M³) yang bukan sahaja memberi bantuan dan bimbingan kepada masyarakat Melayu/Islam yang memerlukan di Singapura, malah menggembleng golongan tertentu seperti karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) untuk berbakti semula kepada masyarakat, justeru, mewujudkan sebuah Masyarakat Gemilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >