Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, mengunjungi bilik berita Berita Harian (BH) pada Rabu.
Beliau merakam podcast #NoTapis BH bersama penerbit podcast, Cik Natasha Mustafa, dan pemilik Crave – The Original Adam Rd Nasi Lemak By Selera Rasa, Encik Abdul Malik Hassan.
Encik Zaqy kemudian menyertai kakitangan BH dalam sesi ‘Wednesday Blessings’ yang diadakan setiap bulan dan bertujuan membolehkan kakitangan BH berkongsi dan mengetahui mengenai perkembangan terkini.
Semasa sesi tersebut, Encik Zaqy turut berkongsi pandangannya mengenai isu-isu semasa.
Beliau juga menyampaikan sijil kepada wartawan BH yang memenangi Anugerah Newscomm bagi tempoh Julai hingga September 2023.
Encik Zaqy juga beramah-tamah bersama wartawan BH dengan menjawab beberapa soalan pantas berkaitan kandungan media sosial akhbar ini.
Podcast dan video tersebut akan diterbitkan dalam masa terdekat.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg