Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BH/BM akan terus dekati audiens, perluas hubungan dengan masyarakat pada 2025

Dec 29, 2024 | 5:30 AM
Persidangan keibubapaan sulung yang dianjurkan Berita Harian/Minggu pada 2 November di Pusat Konvensyen Suntec menarik sekitar 100 peserta. Ia diadakan selaras dengan pelancaran ruangan baru kelolalan Berita Harian, bernama ‘Dunia Anak’ (DNA) yang ditujukan khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah. Topik yang dibincangkan pada persidangan sulung itu selaras dengan isu yang dekat di hati ibu bapa ini iaitu, ‘Mengeratkan Hubungan Bersama Anak’. (Dari kiri) Moderator perbincangan, Cik Natasha Mustafa; Pegawai Kes Kanan di unit penjagaan selepas penyepaduan semula) AMP, Cik Shafiqah Ashur; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hayaa’ Network, Ustazah Liyana Musfirah; Pengerusi Eksekutif dan perundingan utama SuChi Success Initiatives Pte Ltd dan Ketua bagi Jawatankuasa Kecil Bapa Teladan di Nakhoda, Encik Mohamed Khair Mohamed Noor; serta Penolong Ketua Penyelaras IM Volunteers Network SG, Encik Danial Iskandar.
Persidangan keibubapaan sulung yang dianjurkan Berita Harian/Minggu pada 2 November di Pusat Konvensyen Suntec menarik sekitar 100 peserta. Ia diadakan selaras dengan pelancaran ruangan baru kelolalan Berita Harian, bernama ‘Dunia Anak’ (DNA) yang ditujukan khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 12 tahun dan ke bawah. Topik yang dibincangkan pada persidangan sulung itu selaras dengan isu yang dekat di hati ibu bapa ini iaitu, ‘Mengeratkan Hubungan Bersama Anak’. (Dari kiri) Moderator perbincangan, Cik Natasha Mustafa; Pegawai Kes Kanan di unit penjagaan selepas penyepaduan semula) AMP, Cik Shafiqah Ashur; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas Hayaa’ Network, Ustazah Liyana Musfirah; Pengerusi Eksekutif dan perundingan utama SuChi Success Initiatives Pte Ltd dan Ketua bagi Jawatankuasa Kecil Bapa Teladan di Nakhoda, Encik Mohamed Khair Mohamed Noor; serta Penolong Ketua Penyelaras IM Volunteers Network SG, Encik Danial Iskandar. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Akhbar Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) akan terus mendekati audiens dan memperdalam hubungan dengan masyarakat pada 2025.

Ia telah mempergiat usaha dan menambah kegiatan yang dianjurkan sepanjang 2024, kata Editor BH/BM, Encik Nazry Mokhtar, yang melahirkan harapan untuk menggunakan momentum yang dibina untuk terus memupuk hubungan dengan audiens pada Tahun Baru ini.

“Pencapaian akhbar ini, dari segi mendekati audiens baru dan lama, amat menggalakkan dan kami hargai sokongan yang diberikan oleh masyarakat kepada kami setakat ini.

“Namun saya juga tahu perjalanan kami masih jauh dan masih banyak cabaran yang perlu diatasi. Saya berharap BH/BM akan terus mendapat sokongan daripada audiens kami,” ujar beliau.

Editor Audiens dan Perkembangan BH/BM, Cik Norhaiza Hashim, pula berkata: “Sejajar dengan rombakan BH/BM, kami menganjurkan dan menyertai pelbagai kegiatan bagi mendekati audiens kami. Kami akan terus mendekati mereka melalui acara yang memanfaatkan masyarakat pada 2025.”

BH/BM, yang mula terbit pada 1957, telah menjalani perubahan menyeluruh sejak 2023, termasuk menambah kegiatan dalam masyarakat yang diadakan bersama penaja dan rakan kongsi. Kegiatan sedemikian telah membolehkan akhbar ini mendekati sekitar 1,600 orang sepanjang 2024.

Sebagai contoh, BH/BM telah menganjurkan tiga sesi Dialog Masyarakat melibatkan belia, pekerja platform dan guru agama.

Seramai 30 peserta daripada pelbagai organisasi hadiri Dialog Masyarakat Berita Harian pada 31 Julai bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (paling depan); dan Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam (tengah).
Seramai 30 peserta daripada pelbagai organisasi hadiri Dialog Masyarakat Berita Harian pada 31 Julai bersama Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman (paling depan); dan Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan, Cik Rahayu Mahzam (tengah). - Foto fail

Anugerah Jauhari ke-26 yang diadakan di Hotel Four Seasons pada 25 Oktober pula meraikan pencapaian masyarakat Melayu/Islam dan terus menjadi acara mercu tanda akhbar ini.


Sekitar 230 hadirin terdiri daripada pemimpin nasional dan masyarakat serta rakan kongsi BH/BM, memenuhi dewan Hotel Four Seasons semasa Majlis Anugerah Jauhari 2024 pada 25 Oktober. Ia diserikan tetamu terhormat, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (di pentas).
Sekitar 230 hadirin terdiri daripada pemimpin nasional dan masyarakat serta rakan kongsi BH/BM, memenuhi dewan Hotel Four Seasons semasa Majlis Anugerah Jauhari 2024 pada 25 Oktober. Ia diserikan tetamu terhormat, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (di pentas). - Foto fail

Ia menghimpunkan lebih 200 pemimpin Melayu/Islam, pembaca, pengiklan dan rakan korporat untuk meraikan pencapaian masyarakat Melayu/Islam.

Selain itu, BH/BM dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) telah menganjurkan persidangan keibubapaan berjudul Mengeratkan Hubungan Bersama Anak pada 2 November. Ia diadakan sempena pelancaran ruangan keibubapaan Dunia Anak (DNA) yang baru.

Selain DNA, BH/BM juga menerbitkan ruangan khusus yang dekat di hati audiens tertentu seperti ruangan makanan, Kaki Makan, dan Kaki Jalan yang merupakan ruangan pelancongan.

Ia merupakan antara kempen bersepadu meliputi podcast dan video yang dianjurkan BH/BM dengan kerjasama CNB.

Persidangan mengenai keibubapaan positif yang diadakan di Pusat Konvensyen Suntec itu mendalami cabaran dalam pembentukan akhlak anak-anak dan telah menarik lebih 100 peserta yang bersemangat untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan.

BH/BM juga memperkenalkan siri webinar terbaru pada 21 November, selaras dengan tujuan meluaskan jangkauan melalui pelbagai wadah. Webinar pertama, di mana beberapa pakar membincangkan hal warisan harta, disertai lebih 80 peserta.

Kumpulan WhatsApp BH yang dimulakan sejak Ogos 2024 juga telah menerima sambutan menggalakkan. Ia kini diikuti sekitar 300 pengguna yang mendapatkan pautan berita terkini langsung di aplikasi pesanan ringkas itu.

Selaras bagi memartabatkan Bahasa Melayu, BH/BM juga menyertai Festival Nadi Bahasa @ Limbang pada 29 September. 

Pengunjung mengunjungi reruai BH/BM sempena acara Festival Nadi Bahasa @ Limbang di Kelab Masyarakat Yew Tee.
Pengunjung mengunjungi reruai BH/BM sempena acara Festival Nadi Bahasa @ Limbang di Kelab Masyarakat Yew Tee. - Foto fail

Acara yang dianjurkan oleh Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Limbang memberikan peluang kepada BH/BM mendekati masyarakat Melayu/Islam secara langsung.

Selain itu, BH/BM menerbitkan buku bertajuk “Realising The Vision of A Community: The M³ Journey” sebagai penghargaan kepada dedikasi pemimpin dan sukarelawan M³. 

Buku itu dilancarkan pada 10 November oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada Forum M³ di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central, menyemarakkan lagi semangat perpaduan masyarakat.

BH juga menganjurkan bengkel menyunting video khas untuk guru-guru pada 15 November. 


Sekitar 60 guru sekolah rendah dan menengah menghadiri acara Hari Penghargaan Guru anjuran Berita Harian/Berita Minggu yang diadakan di Restoran 1819 Aliwal St pada 15 November.
Sekitar 60 guru sekolah rendah dan menengah menghadiri acara Hari Penghargaan Guru anjuran Berita Harian/Berita Minggu yang diadakan di Restoran 1819 Aliwal St pada 15 November. - Foto fail

Diadakan di Restoran 1819 Aliwal di Aliwal Street, acara itu dihadiri sekitar 60 guru.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg