Biasiswa Mendaki bantu mahasiswa NUS kurangkan beban kewangan keluarga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biasiswa Mendaki bantu mahasiswa NUS kurangkan beban kewangan keluarga

Mar 18, 2026 | 5:30 AM

Biasiswa Mendaki bantu mahasiswa NUS kurangkan beban kewangan keluarga

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Biasiswa Mendaki, NUS, bantuan kewangan
Encik Danial-Zanefy Azman (kanan) meluangkan masa berinteraksi dengan warga emas di Pusat Penjagaan Harian Demensia AWWA di Yishun.   - Foto ihsan DANIAL-ZANEFY AZMAN

Mengenangkan ibunya yang bekerja keras sebagai seorang jururawat untuk mencari rezeki sering memotivasikan Encik Danial-Zanefy Azman untuk terus berusaha sedaya upaya untuk maju dalam pelajaran.

Dengan cabaran kewangan yang dihadapi, Encik Danial, 22 tahun, tidak pernah mempunyai tuisyen tetapi ia tidak menghalang beliau untuk mencapai keputusan cemerlang peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘A’ sehingga dapat mengikuti ijazah Sarjana Muda Analitik Perniagaan di Fakulti Sekolah Pengkomputeran Universiti Nasional Singapura (NUS).

Bagi mengurangkan beban keluarga, anak kedua dari dua beradik itu memutuskan untuk mendapatkan Biasiswa Mendaki yang membolehkannya mengurangkan tekanan kewangan dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajarannya.

“Ibu saya juga menjaga nenek saya yang telah melalui beberapa pembedahan lutut.

“Dengan Biasiswa Mendaki ini, saya rasa bersyukur beban kewangan keluarga dapat dikurangkan,’’ ujar bekas pelajar Maktab Rendah Anglo-Chinese (ACJC) yang tinggal bersama ibu, nenek dan kakaknya, yang juga bekerja sebagai seorang jururawat.

“Melihat kesusahan dan pengorbanan ibu membuat saya terdorong untuk bekerja keras untuk cemerlang dalam pelajaran.

“Saya tidak mahu menghampakannya,’’ kata beliau, sambil berkata ibunya tidak membenarkan beliau bekerja sambilan kerana inginkannya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

Di NUS, Encik Danial amat aktif sebagai relawan dalam Projek Penglibatan Masyarakat Luar Negara (OCIP) Persatuan Islam NUS.

Sebagai sebahagian kegiatan kumpulan itu, beliau terlibat dalam kegiatan berinteraksi dengan warga emas di Pusat Penjagaan Harian Demensia AWWA di Yishun.

Beliau merancang kegiatan dan permainan yang boleh dilakukan oleh warga emas agar minda mereka kekal aktif.

Pada Jun 2026, beliau dan pasukannya akan ke Jakarta, Indonesia bagi membantu membangunkan semula sebuah sekolah dan mengajar para pelajar di sana asas bahasa Inggeris, matematik dan pengajian Islam.

Dengan sokongan Mendaki, beliau bukan sahaja dapat mengejar aspirasi akademik, malah turut memberikan impak yang bermakna melalui kerja sukarela, sekali gus menonjolkan nilai-nilai khidmat bakti dan kegigihan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg