Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bila memerang lintas dekat rumah selebriti, Syah Ibrahim

Jul 3, 2024 | 6:46 PM
Sekumpulan memerang bergerak berdekatan rumah selebriti dan usahawan, Syah Ibrahim pada pagi subuh 3 Julai
Sekumpulan memerang bergerak berdekatan rumah selebriti dan usahawan, Syah Ibrahim pada pagi subuh 3 Julai - Foto TANGKAP SKRIN @SYAH_IBRAHIM

Awal pagi 3 Julai membuat mantan penyampai radio dan usahawan, Syah Ibrahim berserta anaknya terkejut apabila sekumpulan memerang dilihat menyeberang jalan berdekatan dengan rumahnya. Kira-kira lima ekor memerang pantas berlari menyeberang jalan raya di kawasan dekat rumahnya itu di Kembangan.

“Saya berdiri di depan rumah dengan anak perempuan saya Sharifah Nor, sambil menunggu bas sekolahnya. Terperanjat saya lihat sekeluarga memerang begitu dekat dengan pagar rumah saya. Saya pernah melihat memerang di daerah berdekatan di mana ada longkang besar, tetapi ini pertama kali saya lihat mereka datang ke kawasan estet perumahan ini,” kata Syah Ibrahim, bapa tiga anak.

Anak sulungnya itu yang akan berusia lapan tahun bersekolah di Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah.

Syah Ibrahim, 54 tahun kini seorang ahli perniagaan berkata apa yang dilihatnya itu agak asing baginya dan beliau cuba mengekori memerang tetapi berasa takut juga:

View post on Instagram
 

“Saya tahu memerang ni boleh gigit, atau menyerang, jadi saya perlu berhati-hati juga…”

Apabila ditanya jika beliau berani melepaskan anak-anaknya bermain di luar rumah atau taman permainan berdekatan, Syah berkata beliau tidak fikir memerang akan menginap di kawasan itu, dan sekadar melintas, atau mungkin juga sesat.

“Lagipun, kalau ke taman permainan, selalunya ada ramai orang di situ jadi tak mungkin memerang akan mendekati mereka…” terangnya.

“Apapun, kita perlu lebih berhati-hati sekarang bila membuka pagar rumah. Kalau memerang berjaya masuk rumah, tentu lagi kecoh dibuatnya nanti.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg