Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tujuh perkara yang perlu anda tahu

Jun 24, 2024 | 8:24 PM
Kerja pembersihan akan mengambil masa sekitar tiga bulan untuk diselesaikan. Kawasan yang kurang terjejas boleh dibuka lebih awal untuk aktiviti darat. 
Kerja pembersihan akan mengambil masa sekitar tiga bulan untuk diselesaikan. Kawasan yang kurang terjejas boleh dibuka lebih awal untuk aktiviti darat.  - Foto ST

1. OPERASI PEMBERSIHAN

Kerja pembersihan tertakluk pada beberapa faktor semasa di lokasi, contohnya keadaan angin, arus, air pasang/surut, keadaan biodiversiti dan sebagainya, yang akan menjadikan skop operasi berbeza di setiap kawasan.

Sesetengah kawasan juga saling bersambung, jadi minyak yang mengalir keluar ekoran pembersihan satu tapak boleh menjejas dan mencemarkan semula tapak lain.

2. MASA DIAMBIL UNTUK MEMBERSIHKAN TUMPAHAN MINYAK

Pembersihan tumpahan minyak di rantau ini biasanya mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk diselesaikan.

• Fasa 1: Proses membuang minyak pukal di pantai dan laut

• Fasa 2: Melibatkan pembersihan minyak yang terperangkap di sepanjang pesisiran pantai, seperti di celah dan bongkah batu, struktur serta minyak yang mendak dalam pasir.

3. SALAH TANGGAPAN TENTANG PELAMPUNG PEMBENDUNG MINYAK

Sesetengah orang berpendapat pelampung pembendung minyak boleh menghalang tumpahan minyak daripada merebak. 

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, menjelaskan bahawa minyak di atas air bukanlah seperti kopi yang tertumpah.

“Kopi di atas lantai akan kekal di sana dan anda boleh menggunakan mop untuk membersihkannya,” katanya. 

Minyak yang tumpah ke laut, terutama apabila ia adalah pelepasan mendadak dalam jumlah besar seperti yang berlaku pada 14 Jun, tidak akan kekal di lokasi kejadian. Ia akan dibawa oleh arus pasang surut dan ombak, dan mula bergerak meninggalkan kawasan asal.

4. TUJUAN SEBENAR GUNA PELAMPUNG PEMBENDUNG MINYAK

Pelampung pembendung minyak yang diletak di sekeliling kapal yang bocor bukan bertujuan memerangkap minyak, tetapi untuk mengelakkan lebih banyak lagi daripada tumpah jika kebocoran menjadi semakin teruk.

Ia boleh memerangkap minyak berdekatan, namun arus dan ombak masih mampu membawa minyak ke bawah atau atas melintasi pelampung pembendung minyak itu. 

5. TIDAK MUNGKIN LETAK PELAMPUNG PEMBENDUNG MINYAK DI SELURUH PANTAI SINGAPURA

Lebih 46 kilometer pelampung pembendung minyak diperlukan sekiranya terdapat keperluan meletakkannya di seluruh pantai selatan Singapura dari Pasir Panjang ke East Coast.

Setelah digunakan, ia masih memerlukan penyelenggaraan dan penggantian yang kerap, kerana ia tertakluk pada keadaan cuaca dan pergerakan ombak, dan pelampung pembendung minyak itu juga mampu patah. 

6. DAPATKAN TENAGA SUKARELAWAN

Sukarelawan mungkin diperlukan dalam fasa terakhir operasi pembersihan pantai untuk mengeluarkan bebola tar, gumpalan kecil minyak terkumpul yang dicampur dalam pasir.

Lebih 1,500 sukarelawan telah mendaftar untuk membantu usaha pengurusan tumpahan minyak, dan lebih 2,000 yang lain telah mendaftar untuk dimaklumkan dengan teliti mengenai usaha berterusan dan peluang sukarelawan masa depan.

7. PEMBUKAAN SEMULA

Kerja pembersihan akan mengambil masa sekitar tiga bulan untuk diselesaikan. Kawasan yang kurang terjejas boleh dibuka lebih awal untuk aktiviti darat. 

Walaupun pantai sudah boleh dibuka untuk aktiviti darat, aktiviti rekreasi air hanya akan diteruskan hanya apabila mutu air kembali normal dan kekal stabil. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg