Bilangan siswazah 25-29 tahun dapat kerja pada 2025 kekal kukuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bilangan siswazah 25-29 tahun dapat kerja pada 2025 kekal kukuh

Pengangguran siswazah dari universiti autonomi tempatan lebih rendah dan gaji median lebih tinggi
Feb 4, 2026 | 5:45 PM

Bilangan siswazah 25-29 tahun dapat kerja pada 2025 kekal kukuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Siswazah, graduan, luar negara, Singapura, Gaji median, Kerja kosong siswazah, MOM
Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng. - Foto MDDI

Bilangan pekerjaan bagi siswazah baru yang diterbitkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada September 2025 tidak merangkumi rakyat Singapura yang menamatkan pengajian daripada universiti luar negara, jelas Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Kadar tenaga kerja tidak penuh atau underemployment dalam kalangan penduduk berumur 25 hingga 29 tahun yang menamatkan pengajian daripada universiti luar negara adalah 0.8 peratus pada 2025, sedikit lebih tinggi berbanding 0.7 peratus yang direkodkan untuk siswazah daripada universiti autonomi tempatan.

Demikian dikongsi Dr Tan semasa menjawab soalan yang dikemukakan Anggota Parlimen (AP) Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) di Parlimen pada 4 Februari.

Encik Saktiandi bertanya sama ada warga Singapura yang menamatkan pengajian di luar negara termasuk dalam data pekerjaan siswazah baru yang diterbitkan MOM pada September 2025.

Beliau juga bertanya tentang bilangan siswazah yang tidak memenuhi keperluan pekerjaan dan bagaimana keadaan pasaran pekerja baru-baru ini mempengaruhi pencapaian pekerjaan siswazah itu.

Dalam jawapannya, Dr Tan berkata: “Secara keseluruhan, bilangan siswazah berumur 25 hingga 29 tahun yang mendapat pekerjaan kekal kukuh bagi siswazah universiti autonomi tempatan dan universiti luar negara, dengan sekitar 9 daripada 10 orang bekerja.

“Walaupun begitu, siswazah daripada universiti autonomi tempatan terus menunjukkan pencapaian yang sedikit lebih baik, seperti yang dilihat dalam kadar pengangguran mereka yang lebih rendah dan gaji median lebih tinggi.”

Dr Tan menambah kementeriannya akan terus menyokong kemasukan siswazah baru ke dalam tenaga kerja.

Bagi membantu mereka dengan pekerjaan, Dr Tan berkata pelajar dan siswazah baru daripada institut pengajian tinggi (IHL) boleh mengakses perkhidmatan Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya di IHL mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg