Bola sepak bantu kanak-kanak kurang bernasib baik jaya dalam hidup
Premium
Bola sepak bantu kanak-kanak kurang bernasib baik jaya dalam hidup
Memanfaatkan kuasa bola sepak dalam memberi inspirasi dan membentuk perwatakan, Kelab Rotary Singapura dan akademi bola sepak FootballPlus membantu kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik melalui program Champions Unlimited. Antara lain pada November 2023, beberapa kanak-kanak berpeluang berlatih di kelab Bundesliga Borussia Dortmund di Jerman selama seminggu. Berita Harian menemu bual bakal presiden Kelab Rotary Singapura, Encik Tom Wolf, dan eksekutif program FootballPlus, Cik Ho Wen Jin, serta pasangan ibu dan anak yang menyertai program tersebut.
Feb 3, 2024 | 5:30 AM
Bakal presiden Kelab Rotary Singapura, Encik Tom Wolf (tengah) percaya bola sepak boleh memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak kurang bernasib baik agar mereka dapat berkembang bukan sahaja selaku pemain, malah individu yang lebih baik. - Foto KELAB ROTARY SINGAPURA
Menyediakan sokongan dan struktur dalam kehidupan anak muda daripada keluarga kurang bernasib baik agar mereka mendapat akses lebih luas kepada sokongan akademik, pembangunan nilai dan sokongan kewangan.
Itulah matlamat program Champions Unlimited yang dijayakan oleh Kelab Rotary Singapura dan FootballPlus, sebuah akademi bola sepak yang turut menjalankan program sekolah serta kemasyarakatan dan berstatus Institusi Bertaraf Awam (IPC).
Laporan berkaitan
Ibu enam anak anjur liga bola sepak demi sokong hobi suamiJan 12, 2024 | 5:01 PM
Program jadikan anak lebih yakin, berdikariFeb 2, 2024 | 12:08 PM

