Premium
Buat dua kerja sambilan demi buru impian jadi arkitek
Dermasiswa LBKM $3,000 bantu ringankan kos pengajian
Nov 19, 2024 | 5:30 AM
Cik Noor Syahindah Gazali merupakan antara 479 penerima dermasiswa Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) pada 2024 dalam majlis yang diadakan pada 16 November di Sekolah Seni Singapura (Sota). - Foto BH oleh NUR DIYAHA TAHA
Tidak ramai yang tahu pelajar yang memburu ijazah seni bina perlu berbelanja ratusan dolar untuk melengkapkan projek tertentu.
Pelajar sarjana tahun kedua Universiti Nasional Singapura (NUS), Cik Noor Syahindah Gazali, 24 tahun, berkata beliau biasanya berbelanja hampir $300 untuk satu projek sekolah.
Laporan berkaitan
Cabaran kewangan tidak patah tekad untuk berjayaNov 16, 2024 | 8:35 PM
Ubah dasar LBKM demi manfaat pelajar, sumbangan Suhaimi Salleh dihargai Oct 14, 2024 | 2:57 PM

