Topik diikuti
Pergi ke BHkuBufet bersama Suhaimi Yusof
Penggemar makanan halal kini ada satu lagi sebab untuk berkunjung ke Holiday Inn Singapore Atrium. Ia telah memperkenal acara ‘Daging Wagyu, Makanan Laut dan Bufet Makan Malam Suhaimi (Wagyu Beef, Seafood and Suhaimi’s Dinner Buffet) – bufet jamuan malam istimewa dengan kerjasama penghibur terkenal Singapura, Suhaimi Yusof.
Bufet edisi terhad ini berlangsung dari 10 September hingga 22 November di Restoran Atrium, Holiday Inn Singapore Atrium.
Bukan sekadar pilihan wagyu premium, ia turut menggabungkan pilihan makanan laut segar yang diinspirasikan daripada beberapa menu kegemaran Suhaimi sendiri.
“Makanan sentiasa menjadi salah satu cara utama saya mengeratkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Antara kenangan paling berharga ialah saat menikmati hidangan enak sambil meluangkan masa bersama.
“Saya teruja dapat bekerjasama dengan Holiday Inn Singapore Atrium untuk menghimpunkan beberapa hidangan kegemaran saya, dan berharap tetamu juga akan seronok mencuba hidangan kegemaran mereka menerusi bufet ini,” kata Suhaimi, pelakon, pelawak dan hos berpengalaman lebih 30 tahun.
CITA RASA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
Antara hidangan pilihan Suhaimi yang boleh dinikmati ialah Rendang Pipi Daging Wagyu, Udang Kara Cili Singapura dengan Mantou, Nasi Ayam Tanpa Tulang, Sate Ayam dan Kambing, Susyi dan Sashimi serta Kari Ikan Cina.
Gabungan menu ini memberi peluang kepada pengunjung menikmati pelbagai cita rasa tempatan dan antarabangsa dalam satu hidangan.
Bagi penggemar makanan laut, bahagian Hidangan Makanan Laut Berais menyediakan pelbagai pilihan, seperti Kaki Ketam Salji Jepun, Tiram Segar, Udang Harimau Rebus, Abalon Kecil, Kepah Manis Jepun dan Kekapis (Scallop) Separuh Cangkerang.
Pada hujung minggu, tetamu boleh juga menikmati udang kara buluh (bamboo lobster) sebagai hidangan tambahan istimewa.
Beberapa pilihan hidangan panas berasaskan makanan laut turut melengkapkan sajian, antaranya Makanan Laut Termidor, Udang Bawang Putih Sepanyol serta Sotong Kurita Australia Panggang dengan Sos Mentega Bawang Putih, yang menawarkan cita rasa lebih kaya dan menyelerakan.
HIDANGAN WAGYU PREMIUM
Tetamu juga boleh menikmati pilihan istimewa berasaskan wagyu premium, termasuk Daging Wagyu D-Rump Panggang Perlahan, Stik Wagyu Goreng Kuali dengan Sos Truffle dan Potongan Stik Wagyu dengan Mentega Bawang Putih Salai.
Turut disajikan ialah Stu Osso Buco Wagyu yang dimasak hingga lembut, Burger Mini Daging Wagyu Panggang dengan Sos Bawang Salai, serta pilihan hidangan Asia seperti Daging Wagyu Mongolia dan Daging Wagyu Goreng dengan Lada Hitam dan Asparagus.
Dengan kepelbagaian sajian ini, penggemar wagyu ada banyak pilihan untuk diterokai dalam satu hidangan.
KANAK-KANAK BAWAH LIMA TAHUN MAKAN PERCUMA
Harga bufet bermula pada $128++ seorang dewasa bagi makan malam hari biasa.
Promosi ‘1-for-1’ untuk bufet makan malam dewasa turut ditawarkan, menjadikan harga bermula sekitar $64++ seorang selepas diskaun.
Kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah boleh menikmati bufet secara percuma.
Restoran Atrium mempunyai sijil halal dan terletak kira-kira tiga minit berjalan kaki dari stesen MRT Havelock MRT.
Kemudahan bilik solat berdekatan menjadikan lokasi ini lebih mesra untuk keluarga dan pengunjung Muslim.
HARGA BUFET (SEBELUM DISKAUN)
Makan Malam:
Isnin - Khamis: $128++ untuk dewasa, $30++ bagi kanak-kanak (6 - 12 tahun)
Jumaat – Ahad & Cuti Umum: $138++ untuk dewasa, $30++ bagi kanak-kanak (6 - 12 tahun)
MAKLUMAT TEMPAHAN:
Lokasi bufet: Atrium Restaurant, Holiday Inn Singapore Atrium, 317 Outram Road, Aras 4, Singapura 169075.
E-mel kepada atriumrestaurant.sinhi@ihg.com, atau WhatsApp +65 9114 0258 atau hubungi talian +65 3138 2530 untuk sebarang tempahan.
Bagi tempahan dalam talian, klik pautan: https://www.tablecheck.com/en/holidayinn-atrium-atrium-restaurant/reserve/landing
Layari https://singaporeatrium.holidayinn.com untuk lebih banyak maklumat.
