Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Buka 7 restoran nasi beriani halal asal Tamil Nadu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buka 7 restoran nasi beriani halal asal Tamil Nadu

Peniaga dari selatan India mahu lebih ramai orang termasuk pelanggan Muslim rasai hidangan di Nandhana’s Restaurant
Feb 25, 2024 | 05:31 AM



Berlatarkan kerjaya dan keluarga yang terlibat dalam perniagaan, tidak menghairankan jika Encik Siva Vadivel Rajendran yang berasal dari Tamil Nadu di selatan India, tidak kekok akhirnya memilih menjalankan perniagaan nasi beriani di restoran di Singapura.

Restoran pertamanya yang dibuka pada 2018 terletak di FairPrice Hub di kawasan Joo Koon. Tidak lama kemudian, beliau membuka beberapa lagi cawangan hingga akhirnya terdapat tujuh restoran nasi berianinya di sini ketika ini, semuanya diberi nama Nandhana’s Restaurant.

Tetapi, kata Encik Siva, pengarah rangkaian restoran itu, oleh sebab beliau mahu lebih ramai pelanggan termasuk orang Islam, berpeluang merasai nasi berianinya, beliau, yang beragama Hindu, telah mengorak langkah memohon mendapatkan sijil halal bagi semua restorannya pada 2022 dan berjaya memperolehnya pada 2023.

Antaranya ialah restorannya yang terletak di East Point Mall, Simei, yang telah dibuka pada 2020 dan memiliki sijil halal pada April 2023.

Restoran-restorannya yang lain terletak di Djitsun Mall di Ang Mo Kio, Sembawang Road di Yishun, Grantral Mall di MacPherson, Belilios Lane di Little India dan Syed Alwi Road yang baru dibuka tahun ini.

‘‘Selain itu, saya juga mahu menjadikan restoran-restoran saya tempat hidangan makanan yang bermutu dan menyihatkan,’’ kata Encik Siva, 44 tahun. Isterinya, Cik Bairavi Ramadurai, 35 tahun, juga dari India, ialah pengarah bersama restoran itu. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun.

Menerangkan lebih lanjut, Encik Siva, kini penduduk tetap Singapura, berkata:

‘‘Sebenarnya kami telah menggunakan daging halal untuk makanan kami di sini sejak mula, malah telah mengumumkan bahawa daging dan bahan persiapan makanan kami datang daripada sumber halal melalui akhbar-akhbar Inggeris dan Tamil serta televisyen sebelum ini.

‘‘Satu lagi yang kami ingin uar-uarkan ialah kami mengutamakan bahan masakan yang bermutu. Kami tidak menggunakan sebarang bahan pengawet atau perisa dalam masakan kami. Kami masak makanan setiap hari, malah 95 peratus daripada makanan yang kami hidangkan untuk pelanggan adalah makanan panas.’’

Restorannya menyediakan makanan India selatan dan India utara yang masing-masing rasanya berbeza, setiap hari, selain nasi beriani dam. Empat jenis hidangan makanan disediakan iaitu nasi beriani, tanduri, makanan Indo-China dengan rasa India, dan kuah yang dimakan dengan nasi putih.

Untuk mewujudkan rasa yang asli, tukang masaknya menggunakan rempah-ratus yang dibuat sendiri, bukan yang sudah siap segera, katanya, yang telah membuka dapur pusat untuk restoran-restorannya di Tuas pada 2021.

Beberapa nasi beriani berbeza yang dihidangkannya termasuk beriani seeraga samba yang berwarna hijau dan lebih menyihatkan; beriani dam basmathi yang berwarna kuning-coklat dan beriani Hyderabad ayam yang berwarna kuning.


‘‘Kami juga mahu pelanggan merasakan perbezaan antara nasi beriani dari selatan India daripada utara India. Perbezaannya ialah rempah-ratus yang digunakan, cara memasaknya dan juga rasanya,’’ kata Cik Bairavi pula.

Encik Siva mula datang ke Singapura pada 2005 dan bekerja sebagai pengurus cawangan dan kemudian pengurus besar sebuah syarikat tempatan sebelum menjalankan perniagaan restorannya sendiri.

‘‘Kami telah berkembang agak cepat dan kami mahu berkembang lagi untuk memberikan layanan kepada lebih ramai pelanggan terdiri daripada semua kaum,’’ katanya.

Orang ramai boleh menghubungi restorannya melalui telefon atau WhatsApp di nombor 9474-8174 atau buat tempahan secara online melalui www.nandhanas.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >